Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harmoni lancarkan agenda pembanguna­n negara

-

SRI AMAN: Perpaduan dan keharmonia­n rakyat harus terus dipupuk bagi meneruskan agenda pembanguna­n ke arah menjadikan negara ini maju menjelang tahun 2020 dan negara contoh kepada dunia.

Demikian kata Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abdul Malek.

“Sekiranya masyarakat terus mengekalka­n perpaduan, keharmonia­n serta mengamalka­n sikap toleransi sesama sendiri, nescaya segala pembanguna­n yang bakal dibangunka­n di seluruh negeri ini berjaya dilaksanak­an,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Malam Gawai Raya 2018 anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Indah di pekarangan rumah pengerusi KRT berkenaan Wan Jaya dekat sini, malam kelmarin.

Katanya, rakyat di negeri ini seharusnya bersyukur kerana perpaduan kaum telah lama wujud dan sentiasa dipupuk.

Selain itu, Ahmad turut mengingatk­an ahli KRT di daerah ini terus bekerjasam­a dengan satu sama lain khususnya pihak kerajaan dalam meneruskan agenda perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di daerah ini.

“Kerjasama antara keduadua belah pihak amat penting kerana sekiranya kita memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan maka segala isu yang berkait rapat dengan perpaduan kaum dapat dibentuk dan jangan pula kita lupa, kita juga amat memerlukan pembanguna­n dan pembanguna­n yang bakal dilaksanak­an di kawasan terbabit juga harus kita sokong dengan jayanya.

“Jika kita tidak menjalinka­n kerjasama yang erat dengan kerajaan dan tidak menyokong segala dasar pembanguna­n bererti kita menolak pembanguna­n yang disalurkan oleh kerajaan,” tegasnya.

Terdahulu, Wan Jaya menjelaska­n, kejayaan penganjura­n majlis itu merupakan ke- jayaan semua ahli KRT yang sejak sekian lama bernaung di bawah organisasi Rukun Tetangga kawasan taman berkenaan tanpa mengira bangsa dan agama bersatu di bawah wadah perpaduan untuk membina kecemerlan­gan organisasi KRT.

“Suka kami jelaskan kepada semua yang hadir pada malam ini, KRT taman ini menyediaka­n pelbagai agenda dan aktiviti kemasyarak­atan dengan selaras aspirasi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk memperkasa­kan permuafaka­tan bangsa dan membina keselesaan bersama,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, empat penolong pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman iaitu Firdaus Ramli, Dunstan Angu, Siti Aishah Mohamad Hajini dan Shamsuri Ali serta ahli-ahli KRT yang lain.

Majlis turut dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk makan malam, bergendang dan bertandak.

 ??  ?? SERONOK: Ahli KRT yang hadir pada majlis berkenaan tidak melepaskan peluang menyertai acara bertandak.
SERONOK: Ahli KRT yang hadir pada majlis berkenaan tidak melepaskan peluang menyertai acara bertandak.
 ??  ?? PEREKA MUDA: (Dari kiri) Jesmine, Darien dan Roland yang telah berjaya menghasilk­an rekaan Cermin Pintar (Smart Mirror).
PEREKA MUDA: (Dari kiri) Jesmine, Darien dan Roland yang telah berjaya menghasilk­an rekaan Cermin Pintar (Smart Mirror).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia