Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Terbuka PPKS/ICATS Miri dianjur dengan jayanya

-

MIRI: Dalam usaha mempamerka­n hasil reka cipta dan inovasi serta sempena Hari Inovasi, Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sawarak (ICATS) Kampus Miri baru- baru ini telah mengadakan Hari Terbuka PPKS/ICATS 2018.

P r o g r a m t e r b a b i t adalah inisiatif kendalian Unit Akademik dan Latihan PPKS/ ICATS sejajar perkembang­an teknologi digital masa kini.

Pemangku Pengarah PPKS/ICATS Miri Syuhaira Mohd Zin berkata, program itu turut membuka ruang kepada para pelajar dari- pada pelbagai kursus untuk melibatkan diri mengambil bahagian dalam reka cipta.

“Program hari berkenaan juga kita buka kepada orang awam bagi membolehka­n mereka melihat hasil reka cipta para pelajar PPKS/ ICATS.

“Ini sejajar dengan perkembang­an teknologi digital terkini khususnya dalam Revolusi Industri 4.0,” jelasnya.

Beliau berharap program sedemikian dapat dilaksanak­an lagi bukan sahaja untuk mempamerka­n hasil reka cipta pelajar, malah turut mempromosi­kan PPKS/ ICATS yang melahirkan generasi belia berinovasi dan kreatif.

Antara reka cipta yang menarik perhatian ramai dan merupakan pemenang tempat pertama pertanding­an rekaan inovasi kategori bidang kejurutera­an ialah Cermin Pintar (Smart Mirror).

Rekaan Cermin Pintar berkenaan bukan hanya sekadar cermin muka, tetapi turut memaparkan maklumat semasa yang berfungsi sebagai perancang harian.

Ia adalah aplikasi tanpa wayar yang menggunaka­n ‘raspberry pi micro controller’ dan talian Internet untuk memaparkan informasi terkini seperti berita semasa, info cuaca, kalendar dan pelbagai lagi paparan maklumat lain yang memberi manfaat berguna kepada pengguna selain berfungsi sebagai cermin muka.

Menurut kumpulan yang menghasilk­an rekaan terbabit iaitu Jesmine Rikan James, Roland Bernard dan Darien Janting Frankie, rekaan itu adalah hasil pembelajar­an dalam gabungan subjek Micro Controller dan C++ Programmin­g.

Jelas mereka, idea diperolehi melalui perbincang­an berkumpula­n dengan aplikasi Arduino.

Mereka merupakan pelajar jurusan Pearson BTEC Level 5 HND Diploma Kejurutera­an Elektrikal dan Elektronik kampus berkenaan.

Justeru, orang awam khususnya pelajar lepasan sekolah atau mereka yang ingin melanjutka­n pelajaran adalah dialu-alukan mengikuti kemasukan sesi Julai ini di PPKS/ICATS Miri.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut boleh menghubung­i Derell Ladi di talian 012- 8992184 atau Bibiana (014-6948560) atau pejabat 085-622184 (waktu pejabat).

Orang awam turut boleh melayari laman sesawang PPKS/ICATS Miri di www. ppks.edu.my/miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia