Utusan Borneo (Sarawak)

Rafizi Ramli tarik semula rayuan isu BAFIA

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam membatalka­n rayuan naib presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli yang mencabar kesahan Akta Bank dan Institusi- Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 (Bafia), yang dipertuduh­kan terhadapny­a.

Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar memberitah­u mahkamah bahawa hari ini (semalam) ditetapkan bagi Mohd Rafizi menarik balik rayuannya.

Bekas ahli parlimen Pandan itu serta peguamnya tidak hadir ketika prosiding semalam.

Bagaimanap­un katanya, Mohd Rafizi ada memaklumka­n bahawa pihaknya akan menarik balik rayuan itu ketika pengurusan kes pada 6 Jun lalu dan surat sudah dikeluarka­n bagi meminta beliau atau peguamnya hadir semalam.

Panel tiga hakim mahkamah itu yang diketuai Datuk Ahmadi Asnawi membatalka­n rayuan itu selepas Mohd Rafizi menarik balik rayuannya.

Turut bersidang Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim.

Mohd Rafizi, 41, mencabar kesahan Akta Bank dan Institusi- Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) yang kini telah dimansuhka­n atas hujjah bahawa ia melanggar peruntukan dalam Artikel 5 (kebebasan seseorang) dan 8 (kesaksamaa­n undang-undang) Perlembaga­an Persekutua­n.

Pada 2013, Bafia telah dimansuhka­n dan digantikan dengan Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013.

Pada 7 Februari tahun ini, Mohd Rafizi telah dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam setelah disabitkan kesalahan mendedahka­n dokumen penyata baki akaun bank milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscienc­e Industries Sdn Bhd dan akaun bank pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac, 2012.

Bekas kerani bank Johari Mohamad, 47, juga telah telah dijatuhi hukuman yang sama oleh mahkamah setelah disabitkan bersubahat dengan Mohd Rafizi melakukan kesalahan itu.

Johari Mohamad telah terlebih dahulu membatalka­n rayuan mencabar kesahan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) yang dipertuduh­kan terhadapny­a atas kesalahan bersubahat dengan Rafizi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Nor Isham (kiri) dijatuhkan hukuman denda RM100 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi semalam kerana memasang bunga api tanpa lesen.
— Gambar Bernama BERSALAH: Nor Isham (kiri) dijatuhkan hukuman denda RM100 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi semalam kerana memasang bunga api tanpa lesen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia