Utusan Borneo (Sarawak)

Seks luar tabii: Pesakit kanser limfoma dipenjara dan sebat Bersalah atas tiga pertuduhan seks luar tabii terhadap sepupunya

-

KUALA LUMPUR: Seorang pesakit kanser limfoma semalam dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap sepupu perempuann­ya, tahun lepas.

Hakim Azrul Darus menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun dan satu hingga tiga sebatan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi lelaki berusia 21 tahun itu serta memerintah­kan hukuman berkenaan berjalan serentak bermula semalam.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan persetubuh­an yang bertentang­an dengan aturan tabii ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun tanpa kerelaanny­a di dalam bilik sebuah pangsapuri di Ampang pada jam 6 pagi, Ogos 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan Seksyen 377CA kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dengan sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada tempat, masa dan tarikh sama dan dituduh mengikut Seksyen 14(a) Akta KesalahanK­esalahan Seksual terhadap kanak- kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia kesal atas kesalahan dilakukan.

“Saya mengaku kesalahan saya...pohon hukuman ringan kerana saya merupakan pesakit kanser limfoma tahap

Dalam kes ini, tertuduh merupakan abang sepupu mangsa dan sepatutnya dia perlu melindungi dan bukannya melakukan perbuatan sedemikian. Kejadian itu telah meninggalk­an kesan trauma pada mangsa. Goh Ai Rene Timbalan Pendakwa Raya

empat dan masih menjalani rawatan kimoterapi di hospital. Saya bekerja sebagai promoter ( jurujual) dan merupakan anak sulung yang menanggung keluarga,” katanya.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene dan Norhashima­h Hashim memohon hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

“Dalam kes ini, tertuduh merupakan abang sepupu mangsa dan sepatutnya dia perlu melindungi dan bukannya melakukan perbuatan sedemikian. Kejadian itu telah meninggalk­an kesan trauma pada mangsa,” kata Goh.

Mengikut fakta kes, mangsa telah pergi ke bilik tertuduh dan melihat abang sepupunya itu masih belum tidur dan semasa mangsa duduk di atas katil, tertuduh kemudianny­a melakukan persetubuh­an yang bertentang­an dengan aturan tabii terhadap mangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia