Utusan Borneo (Sarawak)

Balai bomba berkenaan telah lama dibina dan berada di lot bangunan kedai yang tidak sesuai

-

TEMERLOH: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenal pasti lebih 60 balai bomba di seluruh negara berada dalam keadaan uzur serta memerlukan penambahba­ikan dan pembinaan semula di lokasi baharu.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata kebanyakan balai bomba itu telah lama dibina dan berada di lot bangunan kedai yang tidak sesuai kedudukann­ya berikutan pertumbuha­n pesat di kawasan tersebut.

“Kebanyakan­nya dibina sewaktu bandar atau kawasan itu belum membangun, jadi apabila sudah membangun, penduduk pula semakin ramai. Kita kena lihat kesesuaian dan kaji semula penempatan­nya.

“Setakat ini kementeria­n telah kenal pasti lebih 60 balai bomba yang perlu dikeluarka­n dari kawasan bangunan kedai untuk dibina semula di tempat baharu dalam tempoh lima tahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin bernilai RM14 juta yang siap pada 13 Sept 2013 di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementeria­n itu Datuk Seri Mohamad Mentek, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Muhammad Hamdan Wahid Pengarah JBPM negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin serta Ahli Parlimen Temerloh Anuar Tahir.

Zuraida berkata ia adalah sebahagian daripada 240 balai bomba baharu yang akan dibina secara berperingk­at dalam tempoh itu, bagi memperkasa­kan lagi JBPM yang sentiasa berhadapan pelbagai tugas yang semakin mencabar.

“Setakat ini, sebanyak 44 balai bomba baharu sedang dibina di seluruh negara dengan 27 daripadany­a akan disiapkan pada tahun ini, 11 balai pada tahun depan dan enam balai lagi pada 2020. Kos anggaran pembinaan setiap balai yang terlibat sebanyak RM14 juta.

“Hingga kini, JBPM mempunyai 290 balai bomba di seluruh negara dengan kekuatan 14,000 anggota dan pegawai tetap,” katanya.

Beliau juga berkata kementeria­n akan memperkuku­hkan keupayaan bomba sukarela di seluruh negara dalam usaha membantu kerja-kerja memadam kebakaran dan penyelamat­an pada peringkat awal sebelum ketibaan pasukan JBPM di lokasi kejadian.

Katanya ia akan membantu mengelak kerugian harta benda yang lebih banyak selain kehilangan nyawa dengan langkah pencegahan lebih awal dilakukan oleh pasukan ‘first responder’ itu. — Bernama

Kebanyakan­nya dibina sewaktu bandar atau kawasan itu belum membangun, jadi apabila sudah membangun, penduduk pula semakin ramai. Kita kena lihat kesesuaian dan kaji

penempatan­nya.” semula Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia