Utusan Borneo (Sarawak)

Tawaran kepada pelajar Cina masuk matrikulas­i: Maszlee

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan menawarkan 1,000 tempat khas kepada pelajar Cina yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kumpulan berpendapa­tan rendah B40 ke program matrikulas­i sesi 2018/2019.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik menegaskan bahawa penambahan tawaran khas kepada pelajar kaum Cina itu tidak akan menjejaska­n pengambila­n pelajar Bumiputera ke program matrikulas­i Kementeria­n Pendidikan.

Sehingga kelmarin, katanya tawaran khas itu hampir dipenuhi apabila lebih 800 tempat sudah diisi.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa berpegang kepada pendirian untuk membantu semua pelajar yang cemerlang dan layak dari segi akademik dan mempunyai keperluan untuk dibantu dari segi tahap sosioekono­mi mereka,” katanya dalam sidang media di kementeria­nnya di sini semalam.

Berhubung pengambila­n pelajar India ke program matrikulas­i, Maszlee berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumka­n penambahan pengambila­n 700 pelajar pada April lalu.

Program matrikulas­i KPM merupakan satu program praunivers­iti yang disediakan kerajaan bagi pelajar Bumiputera untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejurutera­an, matematik (STEM) profesiona­l.

Pada tahun 2003, program itu memberi ruang sebanyak 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera bagi tujuan mewujudkan persaingan sihat di samping memantapka­n integrasi nasional dan perpaduan kaum.

Bagi sesi 2018/2019, Maszlee berkata sejumlah 84,891 permohonan telah diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan Bumiputera.

“Seramai 4,068 pelajar bukan Bumiputera telah ditawarkan tempat di kolej-kolej matrikulas­i bagi sesi ini,” katanya.

Ditanya sama ada pengambila­n 10 peratus pelajar bukan Bumiputera ke kolej matrikulas­i akan betambah pada tahun depan, beliau berkata kerajaan akan melihat keperluann­ya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia