Utusan Borneo (Sarawak)

Disabit empat jenayah, bekas pekerja kilang kena 42 bulan

-

SIBU: Seorang bekas pekerja kilang membuat aiskrim dijatuhkan hukuman penjara 42 bulan setelah mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Dismond Tegak, 24, dijatuhkan hukuman enam bulan penjara bagi pertuduhan pertama ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia dijatuhkan hukuman penjara masing-masing 14 bulan dan 18 bulan kerana melakukan perbuatan khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Untuk satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952, Dismond dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara, selain dua tahun di bawah pengawasan.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Dismond didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kilang membuat aiskrim di Jalan Lanang pada 24 Jun lalu, kira-kira jam 6.45 petang.

Dalam kejadian itu, tertuduh telah bertindak merosakkan dua kenderaan masing-masing sebuah kereta Viva dan motosikal Yamaha 125Z dengan menggunaka­n batang besi bagi memecahkan bongkah ais.

Diajugadid­akwamelaku­kan ugutan jenayah terhadap seorang pekerja kilang aiskrim terbabit agar tidak melaporkan perbuatann­ya itu kepada pihak polis atau akan dipukul.

Untuk pertuduhan mengambil dadah jenis Methamphet­amine di bawah Seksyen 15( 1)( a), Dismond didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan di Balai Polis Sentral pada 4 Ogos, 2017, kirakira 10.30 malam.

Dalam rayuannya, tertuduh merayu dikenakan hukuman ringan sambil memberitah­u tidak mempunyai pekerjaan serta masih bujang.

Majistret Muhammad Faizal Che Saad yang mendengar kes, memerintah­kan Dismond menjalani semua hukuman penjara itu secara serentak berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan, 24 Jun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia