Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 61 individu serta tiga bookie ditahan dalam peringkat pertama Ops Soga

-

KUALA LUMPUR: Polis membongkar kegiatan judi pertaruhan keputusan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2018 dengan menahan 61 individu serta tiga bookie menerusi peringkat pertama Ops Soga bermula 15 Jun lepas sehingga kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya menjalanka­n 61 serbuan di pusat bandar yang melibatkan pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, IPD Sentul, IPD Brickfield­s dan IPD Wangsa Maju.

Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut merampas 64 telefon bimbit pelbagai jenama, satu tablet, pen, kertas mengandung­i catatan pertaruhan, jadual perlawanan serta wang tunai berjumlah RM7,245.

“Kesemua suspek yang merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 26 hingga 65 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4 ( 1), Seksyen 6 (1) dan Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953,” katanya

Mereka (bookie) akan diperkenal­kan kepada individu terbabit melalui kenalan sebelum membuat pertaruhan sama ada melalui laman web, aplikasi atau secara bersemuka. Datuk Seri Mazlan Lazim Ketua Polis Kuala Lumpur

pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur, di sini, semalam. Menurutnya modus operandi sindiket berkenaan adalah untuk mempromosi kegiatan mereka melalui kenalan.

“Ketika ‘ demam’ Piala Dunia bermula, ia seperti sudah menjadi satu budaya, sesetengah individu mencari penganjur pertaruhan yang turut dikenali sebagai ‘bookie’ untuk bertaruh.

“Mereka ( bookie) akan diperkenal­kan kepada individu terbabit melalui kenalan sebelum membuat pertaruhan sama ada melalui laman web, aplikasi atau secara bersemuka,” katanya.

Mazlan berkata kaedah pembayaran pertaruhan pula dibuat secara dalam talian melalui aplikasi atau laman web, menerusi transaksi terus ke akaun bank serta bayaran tunai.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan dengan peringkat kedua Ops Soga VII Kuala Lumpur itu dari 28 Jun hingga 15 Julai nanti.

“Pada peringkat kedua nanti, kami akan mengambil pendekatan lebih intensif dengan melakukan lebih banyak serbuan berbanding peringkat pertama dengan bantuan seramai 15 pegawai kanan dan 40 anggota dalam pasukan khas yang ditubuhkan bagi operasi ini,” katanya.

Mazlan berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubung­i Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460649. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Mazlan (tengah) menunjukka­n antara barang kes pada sidang media Op Soga VII KL 2018 yang menyasarka­n kegiatan perjudian melibatkan pertaruhan (bookie bola) di Kuala Lumpur sepanjang kejohanan bola sepak Piala Dunia yang berlangsun­g di...
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Mazlan (tengah) menunjukka­n antara barang kes pada sidang media Op Soga VII KL 2018 yang menyasarka­n kegiatan perjudian melibatkan pertaruhan (bookie bola) di Kuala Lumpur sepanjang kejohanan bola sepak Piala Dunia yang berlangsun­g di...
 ??  ?? PARAH: Keadaan mangsa selepas mengalami kemalangan.
PARAH: Keadaan mangsa selepas mengalami kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia