Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengaku tidak bersalah miliki harta curi

-

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tiga tuduhan memiliki harta curi.

Voon Thong Lim telah didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapi.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh telah dituduh dengan curang menyimpan harta curi iaitu sebuah ‘Time Capsule’ (cakera keras) dan ‘iMac’ kepunyaan sebuah syarikat pemaju.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 pagi, 7 Jun lalu di sebuah rumah kayu berhampira­n Simpang Tiga Kampung Tukau di sini.

Manakala dalam kes kedua dan ketiga, tertuduh telah didakwa dengan curang menyimpan harta curi iaitu perkakas aksesori kamera kepunyaan Daniel Wong dan sebuah komputer riba milik seorang wanita warga emas, Anna Lee, 71.

Kedua-kedua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat yang sama.

Ketiga-tiga kes telah dibacakan secara berasingan kepada tertuduh.

Setelah mendengar pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah kemudian menetapkan 16 Julai depan untuk pengurusan kes.

Sementara itu, tertuduh diperintah­kan dibebas dengan jaminan keseluruha­n berjumlah RM4,000 berserta enam penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa, manakala tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia