Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak perempuan ditikam dengan gunting 59 kali

-

KUALA LUMPUR: Polis mendedahka­n kes kanakkanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai dibunuh bapa saudaranya pada 18 Jun lepas di Taman Kepong, di sini ditikam sebanyak 59 kali di seluruh badan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata hasil bedah siasat yang dijalankan pada mangsa mendapati tiga tikaman menembusi jantung dan paru-paru mangsa manakala 56 tikaman lagi di anggota badan lain.

Ketika kejadian, suspek sedang memasukkan serbuk syabu di dalam straw sambil mengguntin­g dan secara tak langsung diganggu mangsa dari belakang.

“Akibat perbuatan itu, suspek yang berang akibat diganggu bertindak menolak mangsa namun tidak sengaja tertikam mangsa dengan gunting yang dipegangny­a,” ka- tanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini.

Mazlan berkata suspek yang telah tertikam mangsa telah hilang kewarasan diri lalu menikam mangsa bertalu-talu.

“Hasil siasatan kami mendapati suspek adalah pengedar dadah secara kecil-kecilan tetapi ujian saringan yang dijalankan pada suspek didapati negatif dadah,” katanya sambil menambah kes berkenaan dianggap selesai.

Sebelum ini, polis melaporkan kanak-kanak berkenaan mati dibunuh dengan 30 kesan tikaman dipercayai ditikam bapa saudaranya di kediaman keluargany­a di Taman Kepong di sini.

Mayat kanak-kanak itu, yang ditutup dengan selimut putih, ditemui oleh neneknya di dapur rumah teres dua tingkat itu ketika mahu mengambil barang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia