Utusan Borneo (Sarawak)

Atendan lori berdepan tuduhan miliki dadah

-

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan lanjut kes seorang atendan lori yang menghadapi tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine.

Manakala tertuduh diperintah­kan supaya dibebas dengan jaminan lanjut RM2,900 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memberitah­u mahkamah bahawa laporan kimia berhubung barang kes masih belum siap, justeru memohon tarikh baharu untuk sebutan lanjut.

Charles Leo Laing, 20 dari Long Lama, Baram didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan sementara kes, tertuduh sebagai seorang yang bukan diberi kuasa di bawah ADB 1952 didapati ada memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine seberat 0.30 gram (berat kasar).

M e t h a m p h e t a m i n e merupakan satu item yang terkandung di dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952 (Semakan 2001).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.40 pagi, 29 April lalu di tepi jalan Lorong Mulia 2A, Tudan Fasa 2 di sini.

Pendakwaan dilakukan di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia