Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur kena dua tahun pecah masuk dan curi

-

LIMBANG: Mahkamah Majistret Limbang semalam menjatuhka­n hukuman dua tahun penjara ke atas seorang penganggur selepas mengaku bersalah memecah masuk serta melarikan wang tunai RM100 di sebuah kedai makan, di sini.

Johny Rimong, 36, dari Lawas, melakukan kesalahan tersebut di sebuah kedai makan di bandar ini sekitar jam 6 pagi pada 22 Jun lepas.

Dia disiasat di bawah Sekyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim pada jam 10 pagi semalam.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Polis Inspektor Sivanesraw­an Nadaraja dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut menjatuhka­n hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu Jumaat lepas.

Pada Jumaat lepas, tindakan Johny memecah masuk sebuah kedai makan di bandar ini terbongkar selepas kelibatnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai itu.

Dia ditahan jam 2.20 petang di sebuah bilik sewa pada hari kejadian selepas polis berjaya mengenal pasti suspek berdasarka­n rakaman CCTV terbabit.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, kejadian disedari pemilik kedai makan itu yang mendapati wang berjumlah RM100 yang disimpan dalam mesin wang hilang.

“Setelah melihat rakaman semula CCTV di restoran itu, mangsa seorang wanita, 38, mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah masuk melalui pintu belakang dan mengambil wang di dalam mesin wang tersebut.

“Suami mangsa, 48, yang tidak mengenali suspek kemudianny­a datang ke balai polis membuat laporan berkenaan kejadian,” katanya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia