Utusan Borneo (Sarawak)

Maszlee nafi pengerusi PTPTN lantikan politik

-

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Maszlee Malik semalam menafikan dakwaan lantikan penasihat khasnya Wan Saiful Wan Jan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang baharu adalah lantikan politik.

Beliau berkata, ramai telah menolak jawatan itu yang dahulunya dilihat berprestij kerana takut untuk menggalas tanggungja­wab besar tersebut selain berdepan peminjam yang enggan membayar hutang.

Katanya, pelantikan Wan Saiful merupakan satu pelan luar jangka untuk menyelamat­kan keadaan dan membantu melunaskan janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung pinjaman PTPTN.

“Ketika kami cuba menghubung­i beberapa pihak terutamany­a mereka yang berlatar belakang ekonomi dan kewangan untuk memegang jawatan itu, ramai yang menolak kerana tidak sanggup menggalas tanggungja­wab besar itu.

“Perbincang­an dengan Wan Saiful, beliau terpanggil melakukan sesuatu untuk menunaikan janji-janji PH. Beliau sanggup mengambil risiko,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Maszlee turut menyifatka­n lantikan itu sebagai satu bebanan kepada Wan Saiful kerana perlu merangka strategi untuk menyelesai­kan isu berhubung pinjaman PTPTN.

PTPTN sebelum ini mengumumka­n pelantikan Wan Saiful yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) sebagai pengerusi baharunya bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 18 Jun lalu.

Maszlee berkata Wan Saiful telah menghubung­i beberapa rakan dalam bidang kewangan dan ekonomi untuk menangani isu pinjaman PTPTN.

Sementara itu, Maszlee berkata pihaknya telah membuat laporan polis berkaitan penyamaran individu tidak bertangung­jawab sebagai Setiausaha Sulit Kanannya, Anuar Isa untuk mendapat maklumat mengenai sekolahsek­olah tertentu di Sarawak bagi melaksanak­an kerjakerja penyelengg­araan.

“Individu itu menghubung­i Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Miri dan meminta maklumat mengenai sekolahsek­olah yang memerlukan kerja penyelengg­araan yang kononnya saya akan membuat lantikan terus kontraktor untuk kerja-kerja penyelengg­araan berkenaan.

“Saya memandang serius terhadap apa yang telah terjadi kerana ini merupakan satu cubaan berani untuk melakukan penyelewen­gan kuasa menggunaka­n identiti pegawai saya. Saya berharap pihak polis akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia