Utusan Borneo (Sarawak)

ECRL dapat yakinkan pelabur asing kestabilan ekonomi negara

-

Perniagaan Amerika-Malaysia, di sini semalam.

Dr Mahathir memberi contoh bagaimana sebuah syarikat diberi hak untuk membawa masuk pekerja asing, tanpa melalui proses tender yang sepatutnya dan mengaut keuntungan besar dengan cara itu.

Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri kali kedua mulai bulan lepas setelah menerajui Pakatan Harapan mencapai kemenangan mengagumka­n pada Pilihan Raya Umum Ke-14, juga berkata Malaysia dijangka menerima kehadiran banyak pengunjung, “sesetengah­nya secara sah, sesetengah­nya secara tidak sah, sesetengah­nya datang untuk sementara dan sesetengah­nya pula untuk selama-lamanya.

“Semua ini perlu diberi perhatian,” katanya kepada hadirin.

Beliau berkata Malaysia juga dijangka menerima banyak pelancong, termasuk dari China, dan oleh itu, perkara berkaitan pengeluara­n visa untuk mereka perlu diselesaik­an dengan segera.

Dr Mahathir menegaskan bahawa bukannya mudah untuk memastikan semua orang asing memasuki Malaysia secara sah memandangk­an negara ini mempunyai lima negara sebagai jiran rapat serta apa yang beliau sifatkan sebagai “sempadan yang sangat mudah untuk dibolosi”.

“Semua ini sedang dikaji dan kami mengalu-alukan apa jua cadangan daripada sektor swasta,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata kerajaan mengalu-alukan kedatangan warga asing yang memiliki kemahiran tertentu seperti dalam teknologi baharu dan teknologi maklumat (IT) ke negara ini.

“Sekiranya warga asing yang datang ke sini memiliki kemahiran tertentu yang kami mahu, kami akan pelawa mereka supaya tinggal di negara ini dan malah menjadi warganegar­a, jika mereka mahu.

“Kami berharap lebih banyak orang yang memiliki kepandaian untuk datang dan tinggal di Malaysia bagi menyumbang ke arah menjayakan program perindustr­ian,” katanya lagi. — Bernama KOTA BHARU: Keputusan kerajaan Persekutua­n untuk meneruskan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat meyakinkan pelabur asing mengenai kestabilan ekonomi negara ini.

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Kelantan Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata keputusan itu akan memberi manfaat kepada ekonomi negara dan negeri yang terlibat dengan pembinaan pengangkut­an awam tersebut.

“ECRL akan meningkatk­an kegiatan komersial di setiap negeri yang terlibat kerana kawasan persekitar­an laluan itu akan dapat memajukan peluang perniagaan untuk anak-anak tempatan selain menarik pelabur luar ke negeri berkenaan dalam pelbagai sektor perniagaan,” katanya kepada Bernama semalam.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai berkata kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan ECRL selepas perbincang­an semula kosnya dengan sejumlah RM20 bilion sudah dibayar.

Projek itu mencetuska­n kontrovers­i ekoran kosnya melonjak sehingga RM70 bilion.

Mohd Fared berkata projek ECRL yang dijangka siap pembinaann­ya pada 2024 menghubung­kan Pelabuhan Klang dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan, akan turut memberi peluang kepada kontraktor anak tempatan untuk bersaing bagi terlibat sama dengan pembanguna­n projek mega negara yang mempunyai pelbagai kepentinga­n.

“ECRL turut memberi sumbangan kepada pendapatan negara dan negeri daripada sektor pelanconga­n berikutan mempunyai pengangkut­an awam yang bagus bagi memudahkan pelancong ke sesuatu tempat.

“Ia bukan sahaja merapatkan jurang jarak antara kawasan, malah banyak lagi kebaikan bakal dinikmati seperti mengurangk­an kemalangan yang membawa maut di jalan raya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata persatuan tersebut menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan kerana mempunyai pucuk pimpinan yang sentiasa berfikiran ke hadapan terutamany­a melibatkan sektor pengangkut­an awam demi kesejahter­aan rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia