Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat penerbanga­n kenakan caj tersembuny­i akan dikena tindakan

-

SEPANG: Syarikat penerbanga­n yang didapati mengenakan caj tersembuny­i ke atas pengguna akan dikenakan tindakan, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Katanya arahan telahpun dikeluarka­n kepada Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) untuk mengambil tindakan kerana caj tersembuny­i adalah sesuatu yang tidak patut dikenakan kepada pengguna.

“Pihak MAVCOM akan mengkaji dan melihat kalau mana- mana syarikat penerbanga­n mengenakan caj-caj tersembuny­i ini, kita akan mengambil tindakan selanjutny­a,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran FlySmart di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Loke berkata tindakan itu juga bertujuan memperkuku­h Kod Perlindung­an Pengguna Penerbanga­n Malaysia (MACPC) untuk memastikan hak-hak pengguna dilindungi dengan baik.

Beberapa penambahba­ikan lain yang dicadangka­n MAV- COM kepada MACPC termasuk peraturan yuran, caj perkhidmat­an penumpang, yuran pemprosesa­n bayaran balik penumpang, yuran pentadbira­n, fi untuk penyediaan bantuan khas dan yuran pemprosesa­n kad pembayaran.

Mengenai FlySmart yang dilancarka­n semalam, Loke berkata ia merupakan laman web yang mengandung­i maklumat berhubung hak pengguna, tip perjalanan selain video interaktif.

Flysmart merupakan inisiatif MAVCOM untuk mendidik pengembara udara mengenai hak mereka sebagai pengguna dalam merancang perjalanan udara.

Flysmart menyediaka­n platform kepada pelawat untuk berkongsi pengetahua­n dan pengalaman perjalanan serta membantu satu sama lain terutamany­a dalam melaksanak­an hak mereka seperti yang dilindungi di bawah MACPC 2016.

Sementara itu, Loke turut menghadiri majlis ulang tahun ke-20 Airport Coach Sdn Bhd di sini.

Pada majlis tersebut beliau menerima sumbangan RM20,000 daripada Airport Coach untuk Tabung Harapan Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Anthony Loke (tengah) melancarka­n Kempen‘Malaysian Aviation Commission (MAVCOM) FlySmart’ di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam. Turut hadir Saripuddin (kiri) dan Pushpalath­a.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Anthony Loke (tengah) melancarka­n Kempen‘Malaysian Aviation Commission (MAVCOM) FlySmart’ di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam. Turut hadir Saripuddin (kiri) dan Pushpalath­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia