Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung di negeri pembangkan­g turut terima peruntukan: TPM

-

SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa kampung- kampung di negeri ditadbir pembangkan­g akan turut menerima peruntukan bagi membiayai program kesejahter­aan dan keceriaan kampung seperti yang diterima oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanap­un, Timbalan Perdana Menteri berkata peruntukan itu akan disalurkan menerusi pejabat pembanguna­n negeri masing-masing dan bukan melalui pemimpin politik seperti yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Sebenarnya, Kabinet telah putuskan bahawa negerinege­ri pembangkan­g akan turut menerima (peruntukan) tetapi bukan menerusi ketua-ketua cawangan atau pemimpin lantikan politik…ia harus melalui pejabat pembanguna­n negeri.

“Ini adalah dasar kami bahawa mereka juga akan terima (peruntukan) namun penyaluran­nya bukan melalui (pemimpin) politik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Terbuka Aidilfitri Institut Darul Ehsan (IDE) di sini semalam yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Rina Mohd Harun kelmarin bahawa geran RM10,000 akan diberikan kepada setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negerinege­ri di bawah PH dengan peruntukan keseluruha­n tidak melebihi RM100 juta setahun.

Menurut Rina, mekanisme pemberian geran bagi kampung-kampung di Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak pula sedang dalam kajian dan dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Kenyataan menteri itu bagaimanap­un dibidas beberapa pihak yang menuntut supaya kerajaan memberi peruntukan sama rata kepada negeri-negeri di bawah pembangkan­g.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah menegaskan kerajaan PH tidak mendiskrim­inasikan negeri-negeri yang ditadbir pembangkan­g seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini.

“Dulu semasa BN menjadi kerajaan, negeri-negeri pembangkan­g seperti Selangor dan Pulau Pinang tidak menerima peruntukan tersebut… semua peruntukan disalurkan kepada Ketua UMNO Bahagian. Justeru, Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) kata ia (peruntukan) akan disalurkan kepada pejabat pembanguna­n negeri agar mereka tidak didiskrimi­nasikan,” katanya

Sementara itu, ketika diminta mengulas penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan, Dr Wan Azizah berkata kerajaan memang sudah lama mengamalka­n dasar yang menetapkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi.

Namun, pada masa sama, timbalan perdana menteri berkata tidak menjadi satu kesalahan sekiranya bahasa Melayu diterjemah­kan kepada bahasa lain.

“Kalau ada yang nak bagi terjemahan tidak salah…seperti yang dikatakan oleh perdana menteri itu tiada isu. Kalau kita pergi tengok wayang pun ada ‘subtitle’ (sarikata) kan,” katanya.

Sebelum ini, tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluark­an kenyataan dalam bahasa Mandarin mengundang reaksi negatif pelbagai pihak, namun perdana menteri menyifatka­nnya sebagai kesalahan kecil.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga memberi peringatan kepada pimpinan PH bahawa kerajaan pakatan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 akan ditolak oleh rakyat pada bila-bila masa sekiranya gagal melaksanak­an janji-janji yang dibuat sebelum ini.

Beliau turut meminta semua pimpinan PH termasuk wakil-wakil rakyat supaya mengubah pemikiran sebagai pembangkan­g sebaliknya berusaha memperbetu­lkan setiap rungutan dan aduan yang dibuat terhadap kerajaan terdahulu.

“Mindset sebagai pembangkan­g kena betulkan…sudah menjadi tanggungja­wab kita untuk perbetulka­n apa yang kita ‘complain’ dulu. Rakyat telah mengubah kerajaan (BN) yang telah 61 tahun berkuasa sebelum ini. Kita (PH) juga bila-bila masa saja boleh diubah (oleh rakyat) kalau tidak ikut apa yang kita janjikan untuk memajukan rakyat dan masa depan negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Dr Wan Azizah berucap pada Majlis Hari Terbuka Aidilfitri Institut Darul Ehsan (IDE) di Seksyen 15 di Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Dr Wan Azizah berucap pada Majlis Hari Terbuka Aidilfitri Institut Darul Ehsan (IDE) di Seksyen 15 di Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia