Utusan Borneo (Sarawak)

Rampasan: UMNO serah kepada peguam tentukan harta parti

-

MELAKA: Para peguam UMNO akan meneliti barangan rampasan dalam siasatan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya ada yang dimiliki oleh parti itu, kata Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang menjalanka­n tugas- tugas presiden parti berkata sekiranya ada antara barangan rampasan itu adalah milik parti itu, pihaknya bersedia mengikut perundanga­n sedia ada.

“Kita akan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada dan serahkan kepada peguam untuk mengaturka­nnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri dan Sesi Pengenalan Calon-calon Pemilihan UMNO 20182021, di Ayer Keroh di sini semalam.

Majlis yang dianjurkan Badan Perhubunga­n UMNO Melaka itu turut dihadiri pengerusin­ya Datuk Seri Idris Haron, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Sembilan yang juga calon Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan barisan calon yang bakal merebut jawatan tertinggi pada pemilihan parti 30 Jun ini.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh meminta UMNO memberi keterangan kepada polis jika benar ada antara barangan rampasan termasuk wang tunai melibatkan siasatan kes 1MDB adalah milik parti itu.

Amar Singh berkata namun pihaknya belum dapat mengenal pasti pemilik barangan rampasan yang dibuat di enam premis melibatkan bekas perdana menteri itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia