Utusan Borneo (Sarawak)

100 peneroka FELDA Jengka lapor polis tidak terima insentif

-

MARAN: Seramai 100 peneroka FELDA Jengka di sini membuat laporan polis mendakwa pengurusan tertinggi FELDA gagal melunaskan bayaran insentif khas kepada mereka sebanyak RM5,000 masingmasi­ng.

Wakil kumpulan itu Razali Ithnain, 56, dari FELDA Jengka 10 berkata bayaran berkenaan merupakan janji yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai tahun lalu.

Untuk rekod, insentif berkenaan dibayar kepada 94,956 peneroka FELDA pada Ogos tahun lalu.

Menurut Razali sehingga kini mereka masih tidak menerima sebarang bayaran sedangkan ramai antara peneroka lain sudah menerima bayaran masing-masing sejak Ogos tahun lalu.

“Apabila ditanya kepada pengurus FELDA mereka suruh kami menunggu bulan depan… selepas bulan depan, tunggu lagi bulan depan sampailah sekarang kami tidak terima satu sen pun,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

Sementara itu, seorang lagi peneroka di FELDA Jengka 10, Awang Daud, 66 berkata dia berasa tertipu apabila terpaksa memulangka­n kembali wang RM5,000 yang diterimany­a apabila pengurusan FELDA mendakwa berlaku tersalah akaun.

Katanya dia menerima wang itu pada 2 Jan lalu namun pada 5 Jan kerani pejabat pengurusan datang berjumpany­a dan meminta agar wang tersebut dikembalik­an kerana tersalah masuk akaun.

“Tanpa sebarang syak, saya pulangkan semula sebelum merujuk hal berkenaan kepada pengurus rancangan.

“Tidak ada sebarang resit diberikan ketika wang diambil semula, tetapi selepas saya tanya pengurus rancangan baharulah mereka bagi resit yang tertulis ‘salah masuk akaun’,” katanya.

Menurutnya susulan kejadian itu anaknya membuat semakan dengan ibu pejabat FELDA di Kuala Lumpur dan dimaklumka­n status bayaran insentif kepadanya telah dibuat dan tiada arahan wang ditarik balik.

Katanya pihak FELDA kemudian memintanya memberikan nombor akaun bank lain namun sehingga kini tiada bayaran diterima. — Bernama KUALA LUMPUR: Arahan pengisytih­aran harta ke atas semua anggota pentadbira­n kerajaan termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai petunjuk ketelusan kepimpinan kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata langkah itu juga penting bagi memastikan anggota politik tidak terlibat dengan rasuah dan penyalahgu­naan kuasa.

“Sebenarnya, cadangan untuk pengisytih­aran harta telah kita suarakan sebelum ini dan akan kita bentangkan kepada kerajaan dalam waktu terdekat… bila kerajaan baharu nak laksanakan (isytihar harta) memang kita sambut baik.

“Mekanismen­ya ( pengisytih­aran harta) akan diputuskan kerajaan dan pada peringkat kita (SPRM), akan adakan pembentang­an dalam masa terdekat berhubung pengisytih­aran harta oleh ahli politik,” katanya ketika menjadi tetamu Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel.

Shamshun Baharin berkata mekanisme yang akan diputuskan nanti akan turut mengambil kira keselamata­n ahli politik dan keluarga selepas membuat pengisytih­aran harta.

Awal bulan ini, Dr Mahathir mengumumka­n semua anggota pentadbira­n termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik perlu mengisytih­ar harta masing-masing kepada Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Shamshun Baharin berkata SPRM menahan 4,054 individu dari 2013 hingga Mei tahun ini. Daripada jumlah itu seramai 1,808 individu adalah penjawat awam, 1,425 (orang awam) manakala 821 (swasta dan politik).

“Bagi memastikan isu rasuah terus dapat ditangani, kerjasama semua pihak di semua peringkat termasuk golongan pelajar, penjawat awam, kakitangan swasta dan orang awam adalah perlu,” katanya.

Shamshun Baharin berkata SPRM dengan kerjasama Sekreteria­t Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru akan mengadakan Program ‘Walk Stop Talk: Six Hour Quarter Million Messages’ pada 7 Julai ini di beberapa lokasi di seluruh negara bagi mengumpul 250,000 tandatanga­n orang ramai untuk menyatakan sokongan memerangi rasuah bersama SPRM.

“Program yang akan berlangsun­g selama enam jam ini dijangka ditutup oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengumpula­n tandatanga­n ini akan dicatatkan dalam Malaysian Book of Records (MBOR),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia