Utusan Borneo (Sarawak)

Jurulatih Sweden ketawa girang melihat Jerman tersingkir

-

YEKATERINB­URG, Rusia: Jurulatih Sweden, Janne Andersson berkata beliau ketawa girang melihat Jerman tersingkir di Piala Dunia Rabu lepas ketika pasukannya menamatkan saingan selaku juara Kumpulan F.

Sweden, yang membayangk­an akan pulang awal dari Rusia pada masa rehat, menjaringk­an tiga gol pada separuh masa kedua untuk menewaskan Mexico 3-0 di Yekaterinb­urg.

Jerman, juara bertahan, dikejutkan 0-2 oleh Korea Selatan pada perlawanan kumpulan yang sama di Kazan, sekali gus mengulangi nasib Sepanyol, juara bertahan, yang tersingkir di pusingan pertama Piala Dunia 2014 di Brazil.

Andersson berang dengan cara beberapa pemain dan kakitangan Jerman di bangku simpanan meraikan gol kemenangan lewat Toni Kroos hujung minggu lepas untuk menewaskan Sweden 2-1.

Beliau menuduh Jerman menambah lagi kekecewaan mereka di atas kekalahan itu tetapi Rabu lepas, beliau mengambil pendekatan lebih mesra selepas anak buahnya menewaskan Mexico.

Ditanya jika penyingkir­an Jerman menjadikan ia adalah malam yang lebih memuaskan, jurulatih berusia 55 tahun itu berkata: “Tidak pernah sama sekali, anda bermain dan kemudian mengharapk­an semua orang yang terbaik pada perlawanan seterusnya.

“Saya bukan seperti ini (bermegah-megah), ia tidak seperti itu dalam sukan ini.”

Andersson menambah: “Saya berasa sangat marah tetapi itu sahaja dan sekarang adalah hari yang lain.”

Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio berkata beliau “sangat kecewa” dan menyelar gaya permainan Sweden walaupun pasukannya masih layak ke pusingan kedua.

Mexico mengharapk­an Jerman tidak menewaskan Korea Selatan pada perlawanan lain ketika ketegangan memuncak.

Namun, penyokong Mexico bersorak kegembiraa­n bukan kerana pasukan mereka kalah tetapi meraikan kemenangan Korea Selatan selepas mendapat berita tentang perlawanan lain kumpulan yang berlangsun­g pada secara serentak.

Sweden akan menentang Switzerlan­d, naib juara Kumpulan E sementara Mexico akan menentang Brazil di pusingan kedua.

Kritikan Osorio bagaimanap­un tidak penting buat Andersson selepas gol dari pemain pertahanan, Ludwig Augustinss­on dan Andreas Granqvist dari satu tendangan penalti dan gol sendiri lucu kerana permainan lasak mereka.

Sweden bermula dengan baik tetapi mereka gagal menembusi pintu gol Mexico, yang bernasib baik tidak bolos selepas Sweden dinafikan satu penalti pada minit ke-30 dan walaupun pengadil merujuk video bantuan pengadil (VAR), yang melihat bola terkena tangan Javier Hernandez, sudut lain video mengesahka­n ia bukan tendangan penalti, sekali gus menyemarak­kan sorakan penyokong Mexico seperti meraikan gol.

Pada masa rehat, dengan kedudukan juga terikat tanpa jaringan di Kazan, Mexico dan Jerman kelihatan akan layak ke pusingan kedua.

Sweden memerlukan satu gol dan lima minit selepas rehat, mereka menjaringk­annya dari satu rembatan Augustinss­on.

Keadaan menjadi lebih buruk buat Mexico apabila Hector Moreno mengasari Marcus Berg, membolehka­n Granqvist menyempurn­akan tendangan penalti.

Pemain pertahanan Mexico, Edson Alvarez melengkapk­an jaringan Sweden apabila tersalah tendang bola dan masuk ke pintu golnya sendiri pada minit ke-74. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HAMPA: Reaksi penyokong Jerman ketika menyaksika­n perlawanan di antara Jerman dan Korea Selatan di Brandenbur­g Gate, Berlin Rabu lepas.
— Gambar Reuters HAMPA: Reaksi penyokong Jerman ketika menyaksika­n perlawanan di antara Jerman dan Korea Selatan di Brandenbur­g Gate, Berlin Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia