Utusan Borneo (Sarawak)

Loew akui Jerman selayaknya tersingkir

-

KAZAN ARENA, Rusia: Jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata beliau berasa “sangat kecewa” selepas melihat pasukannya, yang juga juara bertahan kejohanan tersingkir dari Piala Dunia 2018 tetapi berkata mereka selayaknya terkeluar selepas dikejutkan 0-2 oleh Korea Selatan Sabtu lepas.

Juara dunia empat kali itu perlu menewaskan Korea Selatan dengan dua gol pada perlawanan terakhir Kumpulan F di Kazan untuk peluang melangkah ke pusingan kedua.

Tetapi selepas mensia-siakan beberapa peluang, Jerman dikejutkan dengan dua gol pada minit kecederaan ketika Korea Selatan mencipta kemenangan bersejarah ke atas pasukan yang berada pada ranking nombor satu dunia dan menyebabka­n Jerman menamatkan pusingan pertama di tangga terbawah.

Ia adalah kali pertama Jerman gagal layak ke pusingan kalah mati sejak Piala Dunia 1938.

“Saya terkejut kerana kami tidak mampu menewaskan Korea Selatan dan layak (ke pusingan kedua),” kata Loew, yang berkata beliau akan menunggu “beberapa jam lagi” sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya.

“Kekecewaan penyingkir­an ini adalah sangat besar,” akui Loew.

“Kami tidak selayaknya memenangi kejuaraan sekali lagi, kami tidak selayaknya melangkah ke pusingan kedua. Kami cuba untuk menang tetapi kami tidak seperti mempunyai peluang untuk membuka jaringan.”

Jerman adalah juara bertahan yang keenam dalam sejarah yang tersingkir di pusingan pertama dan nasib mereka hadir empat tahun selepas juara bertahan, Sepanyol, juga gagal melepasi pusingan pertama di Brazil.

Jerman memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan dengan kekalahan 0-1 kepada Mexico sebelum mengembali­kan saingan dengan menewaskan Sweden 2-1 pada perlawanan kedua. Sweden bagaimanap­un muncul juara kumpulan selepas menewaskan Mexico 3-0 tetapi Mexico, selepas dua kemenangan pertama, juga meneruskan kemaraan.

“Pertama sekali kami mahu mengucapka­n tahniah kepada dua lawan yang melangkah ke pusingan kedua,” kata Loew.

“Bagi kami, ia kekecewaan besar. Pada sesi latihan, kami membuat persediaan rapi dan kami datang ke sini bersedia untuk mempertaha­nkan kejuaraan.

“Tetapi kami tidak bermain di tahap yang sepatutnya. Kami mencipta peluang ketika menentang Korea tetapi kami tidak dapat bermain dengan tenang dan menjaringk­an gol yang diperlukan.

“Sejak 2006, kami sentiasa melangkah ke separuh akhir atau final. Kali ini, kami tidak mempamerka­n aksi baik seperti yang kami harapkan. Kami harus mengakui ia satu kekalahan.”

Timo Werner, Marco Reus, Mesut Ozil dan pemain gantian dalam separuh masa kedua, Mario Gomez, adalah antara bintang Jerman yang gagal menyempurn­akan peluang ketika Korea Selatan bertahan dengan kental.

Korea bagaimanap­un ada mengancam dengan serangan pantas dan lebih dari sekali mereka menguji penjaga gol Jerman, Manuel Neuer.

Selepas gagal menembusi pintu gol Korea, yang dikawal Jo Hyeonwoo sehingga lewat permainan, Jerman tersentak apabila pengadil perlawanan, Mark Geiger meminta rujukan video selepas Kim Younggwon menjaringk­an gol dari jarak dekat.

Pengadil pada awalnya tidak membenarka­n pengadil selepas penjaga garisan mengangkat bendera tetapi membuat keputusan merujuk video bantuan pengadil (VAR), yang mengesahka­n jaringan selepas bola terkena kaki Toni Kroos sebelum disempurna­kan Younggwon.

Dengan enam minit masa tambahan, Jerman semakin terdesak mencari gol penyamaan dengan Neuer berlari sehingga ke tengah padang tetapi satu serangan pantas menyaksika­n Son Heung-min mengejar tolakan jauh sebelum merembat bola ke pintu gol yang terbuka luas untuk satu kemenangan bersejarah walaupun gagal meneruskan kemaraan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERKILAN: Loew (tengah) memasuki padang selepas tamat perlawanan di Kazan Arena, Rusia Rabu lepas.
— Gambar Reuters TERKILAN: Loew (tengah) memasuki padang selepas tamat perlawanan di Kazan Arena, Rusia Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia