Utusan Borneo (Sarawak)

AC Milan digantung dari kejohanan Liga Europa pada musim hadapan

-

LAUSANNE, Switzerlan­d: Badan induk bola sepak Eropah ( UEFA), berkata Rabu lepas di mana ia telah menggantun­g kelab Serie A Itali, AC Milan dari kejohanan Liga Europa musim hadapan kerana melanggar peraturan kewangan bersih selepas kelab mengambil risiko tahap hutang mereka.

“Kelab dikecualik­an dari bertanding pada pertanding­an kelab UEFA musim hadapan di mana ia mungkin akan layak dua musim akan datang,” kata UEFA dalam satu kenyataan.

AC Milan sudah layak untuk Liga Europa dari musim 2018/ 2019, jadi penggantun­gan akan berkuatkua­sa serta-merta.

Milan bagaimanap­un berkata mereka akan merayu keputusan itu.

“Selepas mengambil kira keputusan ini, AC Milan telah mengarahka­n pasukan perundanga­nnya untuk merayu keputusan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne, dengan usaha menyemak keputusan dengan segera,” kata satu kenyataan kelab.

“AC Milan akan percaya sepenuhnya perbicaraa­n CAS dan tidak akan membuat sebarang komen lanjut sementara perbicaraa­n diadakan.”

UEFA mengumumka­n bulan lepas di mana Milan gagal meyakinkan pegawainya di mana mereka mempunyai kedudukan kewangan sihat dan merujuk kes kepada dewan unit kawalan kewanganny­a uyntuk mencadang hukuman bersesuaia­n.

Dalam penghakima­n yang diumumkan Rabu lepas, panel unit kewangan mendapati AC Milan melanggar “syarat had yang ditetapkan” di mana kelab dilarang dari mengambil hutang untuk membiayai gaji dan yuran perpindaha­n.

Peraturan had yang telah ditetapkan adalah untuk menghalang “pertambaha­n kerugian yang menyebabka­n kepada hutang yang tidak dapat diuruskan,” menurut UEFA.

Kebimbanga­n UEFA adalah tentang kestabilan kelab sejak dibeli oleh ahli perniagaan dari China, Li Yonghong dari Silvio Berlusconi dengan nilai 740 juta euro pada April tahun lepas.

Kelab membelanja­kan lebih dari 200 juta euro ke atas pemain baharu pada musim panas dan mempunyai pinjaman dengan faedah tinggi 300 juta euro dari dana kewangan dari Amerika Syarikat (AS), Elliott Management.

Milan menamatkan saingan Serie A Itali di tangga keenam dan layak ke kejohanan Liga Europa untuk musim kedua berturut-turut. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? Pemain perseorang­an lelaki negara Datuk Lee Chong Wei ketika beraksi menentang pemain dari Korea Selatan Lee Hyun Il dalam pusingan kedua pada Kejohanan BadmintonT­erbuka Malaysia 2018 di Axiata Arena, Kuala Lumpur semalam. Chong Wei menang dengan...
— Gambar Bernama Pemain perseorang­an lelaki negara Datuk Lee Chong Wei ketika beraksi menentang pemain dari Korea Selatan Lee Hyun Il dalam pusingan kedua pada Kejohanan BadmintonT­erbuka Malaysia 2018 di Axiata Arena, Kuala Lumpur semalam. Chong Wei menang dengan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia