Utusan Borneo (Sarawak)

Tiba di Austria dengan kelebihan 14 mata berbanding Vettel, semangat baharu hasil dari naik taraf enjin

-

SPIELBERG, Austria: Pendahulu keseluruha­n kategori pemandu, Lewis Hamilton dan pasukannya, Mercedes, berharap untuk mengekalka­n rentak kemenangan pada perlumbaan Grand Prix Austria hujung minggu ini.

Selepas memenangi perlumbaan Grand Prix Perancis Ahad lepas untuk kemenangan ke-65 dalam kariernya, juara dunia empat kali dari Britain itu tiba di Austria dengan kelebihan 14 mata berbanding Vettel dan semangat baharu hasil dari naik taraf enjin.

Litar dengan pemandanga­n yang

Adakah kami mempunyai enjin terbaik sekarang?

c a n t i k tetapi k u r - a n g t i d - a k lebar hujung minggu ini, akan menyaksika­n kepantasan sekali lagi memainkan peranan dengan Hamilton dan rakan sepasukann­ya, Valtteri Bottas menjadi pilihan untuk menang. Selepas prestasi hambar di salah sebuah litar kegemaran Hamilton di Montreal, Kanada, kemenangan di Perancis hadir pada hari apabila pesaing utamanya, Sebastian Vettel, mengalami satu lagi hari mengecewak­an. Beliau berlanggar dengan Bottas pada selekoh pertama selepas bermulanya perlumbaan sekali gus menjejaska­n perlumbaan­nya dan memast i k a n Hamilton tida k di- cabar sehingga ke garisan penamat.

Beliau akan melakukan apa yang beliau mampu untuk mengelak ia dari berulang.

Hamilton dan pengurus pasukan Mercedes, Toto Wolff, menegaskan selepas kemenangan Ahad lepas di mana mereka tidak akan bersikap terlalu yakin pada musim turun baik ini, dengan Hamilton berkata mahu terus berusaha dengan pendekatan yang sama seperti setiap perlumbaan lain.

Wolff juga menolak apa yang dikatakan kelebihan kepantasan dengan naik taraf baharu enjin Mercedes.

“Adakah kami mempunyai enjin terbaik sekarang?” kata beliau. “Sangat sukar untuk berkata kerana apabila anda melihat data, kereta terpantas pada laluan lurus adalah kereta Kimi (Raikkonen dari pasukan Ferrari) tetapi kami percaya beliau mungkin mempunyai sistem aerodinami­k berbeza.

Beliau menambah Hamilton dan Vettel sudah memiliki kelebihan 17 mata pada musim ini dan ramalan di mana nasib mereka akan terus berubah pada setiap perlumbaan.

“Saya fikir apa yang anda lihat di Montreal berbanding dengan di Perancis ialah tentang jurang kecil kelebihan,” tambah beliau.

“Kami ketinggala­n di Montreal kerana tidak dapat membawa enjin baharu dan kami menggunaka­n enjin yang sama untuk tujuh perlumbaan berturut-turut ketika pasukan lain menggunaka­n enjin baharu. Ia sememangny­a tidak membantu.”

Ketika Mercedes, Ferrari dan Red Bull memburu saingan kelompok teratas di Austria, ia adalah cerita yang berbeza untuk bekas pasukan gah sebelum ini, McLaren dan Williams.

Dua pasukan dari Britain, yang pernah bersaing sesama mereka pada era kegemilang­an dengan pemandu legenda seperti Alain Prost, Ayrton Senna, Nelson Piquet dan Nigel Mansell, kini diselubung­i pelbagai krisis.

Minggu lepas, seminggu selepas kemenangan untuk pasukan Toyota pada perlumbaan 24 jam Le Mans, juara dunia dua kali, Fernando Alonso mengharung­i perlumbaan terburuk bersama McLaren dan meluahkan kemarahann­ya menerusi perbualan radio pasukan.

Selepas bergelut menangani spekulasi ketegangan dalam pasukan, McLaren kini terdesak memerlukan satu kebangkita­n Alonso.

“Ini adalah prestasi paling buruk tahun ini, jadi saya berharap ia tidak berulang lagi,” kata beliau. “Saya berharap ia tidak menjadi satu kebiasaan.”

“Dari sesi ujian masa Q1, kedua- dua kereta sudah terkeluar awal dari saingan. Kami perlu meningkatk­an lagi usaha untuk perlumbaan di Austria dan Silverston­e. Kami perlu mencari penyelesai­an.”

Alonso bagaimanap­un menolak cadangan krisis dalam pasukan dan berkata beliau masih mempunyai motivasi kerana beliau berasa sangat bangga untuk menjadi salah seorang dari 20 pemandu yang “melakukan pekerjaan ini”. — AFP

Lewis Hamilton

 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia