Utusan Borneo (Sarawak)

The Musketeers terus ungguli kempen Liga Korporat MAW

-

KUCHING: Kekalahan 7- 13 di tangan Medixcare tidak menggugat kedudukan The Musketeers untuk mengunggul­i kempen Liga Korporat Megalanes Adventure World (MAW).

Selepas beraksi dalam 12 pusingan, The Musketeers yang diwakili Edward Juit, Herman Shah, Halimah Ariffin, Abang Dzulkernae­n dan Abang Madzlan berjaya mengumpul 452.05 skor Peterson sekali gus merangkul kejuaraan.

Berada di kedudukan kedua Medixcare dengan perbezaan 22.40 skor Peterson.

Pasukan itu diwakili Muhd Syarifuddi­n, Fizalyhan Sadies, Abdul Muhaimin Fitri, Fakhri Jasmi, Patrick Naga, Dr Kamarudin dan Nurafidza Amran dari Kementeria­n Kesihatan.

Manakala PSKPP yang menurunkan kakitangan dari Kementeria­n Pendidikan di tempat ketiga selepas mencatat kemenangan besar 18- 2 terhadap Mariners.

TM Code X kekal di kedudukan kelima selepas menang 12-8 ke atas MACC yang menduduki tangga keenam.

CJ7 di tempat ketujuh selepas membenam pasukan KUPORT dengan 14-6.

Putra J Bowlers, KUPORT Team, Balcam Bowlers dan Advocated menduduki tempat kelapan hingga ke- 12.

Sementara itu, Muhd Hafis dari pasukan KUPORT menggondol anugerah ‘Individual High Game’ disusuli Edward Juit dari The Musketeers di tempat kedua.

Edward juga memenangi anugerah Individual High Series berbanding Hipni Morni mewakili Mariners.

Medixcare yang menampilka­n semangat berpasukan padu menggondol anugerah Team High Game dengan kutipan 693 pin semasa perlawanan ‘ Position Round’ manakala The Musketeers di tempat kedua untuk kategori sama.

Medixcare turut dinobatkan pemenang ‘ Team High Series’ selepas melakukan jatuhan 2,45i pin disusuli Putra J Bowlers dengan catatan 2,443 pin.

Majlis penyampaia­n dan perlawanan ‘ Mini Masters’ akan diadakan pada Ahad ini di MAW.

 ??  ?? MENCABAR: Pemain MedixCare (dari kiri) Dr Kamarudin, Patrick Naga dan Abdul Muhaimin Fitri.
MENCABAR: Pemain MedixCare (dari kiri) Dr Kamarudin, Patrick Naga dan Abdul Muhaimin Fitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia