Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK Kampung Sinong jayakan ramah-tamah Aidilfitri

-

AHLI Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Sinong di Bintulu berusaha menghidupk­an kembali kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung tersebut dengan menganjurk­an Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama JKKK Kampung Sinong di kawasan parkir Taman Sri Sinong, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Sinong Abdul Rahman Ibrahim berkata, majlis tersebut tidak hanya untuk mengeratka­n silaturahi­m di antara penduduk kampung bahkan untuk menarik semula orang kampung yang telah berhijrah keluar dari kampung itu untuk kembali merai dan memeriahka­n sambutan Aidilfitri di kampung tersebut terutamany­a yang merindui suasana beraya di kampung.

“Kami juga ingin mengukuhka­n hubungan antara AJK kampung yang baharu dan lama yang dirombak sebelum ini,” ujarnya di Bintulu, baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Kaum Abdullah Mohd Deli merangkap Pengerusi JKKK Kampung Sinong serta tetamu dan penduduk pelbagai kaum.

Turut hadir Tuai Rumah Bayang Dato yang mewakili Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan Yang Dipertua Persatuan Melanau Bintulu Shamsuddin Abdul Razak yang mewakili Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip.

Selain itu, turut hadir memeriahka­n majlis itu ialah Temenggung Datuk Barry Yek, Pemanca Datuk Dr Francis Toh, ketua-ketua kampung berdekatan serta lebih kurang 300 penduduk asal yang masih menetap di Kampung Sinong dan yang telah berhijrah ke penempatan lain.

 ??  ?? ERAT HUBUNGAN: AJK JKKK Kampung Sinong merakam gambar kenangan pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kampung Sinong baru-baru ini bersama Abdullah dan Abdul Rahman (duduk, empat dan tiga kanan).
ERAT HUBUNGAN: AJK JKKK Kampung Sinong merakam gambar kenangan pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kampung Sinong baru-baru ini bersama Abdullah dan Abdul Rahman (duduk, empat dan tiga kanan).
 ??  ?? LAYANAN ISTIMEWA: Barry, Francis, Bayang, Shamsuddin serta ketua-ketua kampung beramah mesra bersama rakan sambil menikmati hidangan.
LAYANAN ISTIMEWA: Barry, Francis, Bayang, Shamsuddin serta ketua-ketua kampung beramah mesra bersama rakan sambil menikmati hidangan.
 ??  ??
 ??  ?? MERIAH: Sebahagian penduduk kampung yang menyerikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Kampung Sinong.
MERIAH: Sebahagian penduduk kampung yang menyerikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Kampung Sinong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia