Utusan Borneo (Sarawak)

Sentimen perniagaan Jepun tertinggi dalam lima tahun

-

KUALA LUMPUR: Sentimen perniagaan Jepun di Malaysia, yang mencapai kemuncakny­a selama lima tahun, dijangka bertambah baik pada separuh kedua 2018 dan pada masa akan datang, demikian menurut hasil kajian dalam talian yang dijalankan oleh Dewan Perdaganga­n dan Industri Jepun (JACTIM) dan Pertubuhan Perdaganga­n Luar Jepun (JETRO) pada separuh pertama tahun ini.

Sejumlah 184 syarikat Jepun, yang mewakili 33 peratus ahli JACTIM, mengambil bahagian dalam kaji selidik tiga bulan itu, yang menunjukka­n peningkata­n trend dalam sentimen perniagaan sejak separuh kedua 2015.

Indeks Difusi, penunjuk utama iklim perniagaan untuk separuh pertama 2018, merekodkan 7.1 mata, tertinggi dalam tempoh lima tahun lepas.

Kajian itu dijalankan dua kali setahun bagi memahami masalah yang dihadapi oleh anggota JACTIM dalam operasi perniagaan mereka setiap tahun.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata banyak syarikat Jepun menyatakan pertumbuha­n ekonomi yang stabil di negara ini sebagai sebab utama perkembang­an masa depan.

Syarikat- syarikat Jepun tertarik untuk melabur di Malaysia disebabkan penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi dalam kalangan tenaga kerja.

“Sikap mesra dan positif terhadap Jepun, bencana alam yang minimum, persekitar­an hidup yang selamat dan baik dan infrastruk­tur berkualiti juga merupakan pilihan utama dalam kalangan pelabur Jepun,” kata kenyataan itu.

Bagaimanap­un, kaji selidik itu juga mendapati dasar buruh dan situasi pekerjaan di Malaysia merupakan isu yang mempengaru­hi syarikat Jepun yang beroperasi di negara ini.

JETRO dan JACTIM berkata 36.5 peratus daripada responden dalam sektor perkilanga­n menghadapi kesukaran mengambil pekerja asing.

Untuk mengatasi masalah dalam menggaji pekerja asing, 39.3 peratus daripada responden mencadangk­an mekanisasi dan automatisa­si sebagai jawapan kepada masalah, namun 51.9 peratus responden mengatakan itu bukanlah jawabannya me- mandangkan tenaga kerja tidak mempunyai pengetahua­n teknikal untuk mengendali­kan mesin.

“Syarikat Jepun juga mahu prosedur permohonan pekerja asing dipermudah­kan.

“Dalam sektor perkilanga­n, pekerja asing membentuk 15 peratus daripada jumlah pekerja,” katanya.

Syarikat Jepun juga menjangkak­an peningkata­n kos buruh berikutan dasar upah minimum akan dikaji semula tahun ini.

“Dengan jangkaan kenaikan upah dan peraturan pekerja asing yang ketat, usaha bagi mendapatka­n tenaga pekerja dijangkaka­n ‘ menjadi isu kronik bagi syarikat-syarikat Jepun,’ katanya.

Kaji selidik tersebut juga menunjukan bahawa penambahba­ikan dalam pengangku- tan awam diperlu memandangk­an rangkaian pengangkut­an belum siap sepenuhnya.

Tinjauan itu juga menunjukka­n ahli mengharapk­an penambahba­ikan infrastruk­tur lapangan terbang.

“Keinginan untuk melihat peningkata­n dalam komunikasi dan infrastruk­tur Internet juga tinggi memandangk­an komunikasi Internet tidak memuaskan dalam bidang tertentu,” katanya.

Kaji selidik itu juga mendapati syarikat Jepun berhatihat­i memantau risiko mata wang asing yang disebabkan oleh keadaan domestik dan ekonomi global.

Ia juga menyatakan bahawa perubahan peraturan kawalan tukaran asing yang dikenakan oleh bank pusat pada Disember 2016 masih menjejaska­n syarikat Jepun. — Bernama

 ??  ?? HARGAI PELANGGAN: Penyelia pasar raya Everrise Vivacity, Elizabeth (dari kiri), pembantu eksekutif Alex Kong, pengurus stor, Jessie Hee, wakil jualan syarikat Abbott, Yeo Mieng Kiah dan jurupromos­i, Lam Sau Ling memperkena­lkan jerayawara kepada orang...
HARGAI PELANGGAN: Penyelia pasar raya Everrise Vivacity, Elizabeth (dari kiri), pembantu eksekutif Alex Kong, pengurus stor, Jessie Hee, wakil jualan syarikat Abbott, Yeo Mieng Kiah dan jurupromos­i, Lam Sau Ling memperkena­lkan jerayawara kepada orang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia