Utusan Borneo (Sarawak)

MTDC mahu syarikat tempatan percepat persediaan Industri 4.0

-

PUTRAJAYA: Industri kecil dan sederhana tempatan perlu memulakan pembanguna­n produk dan perkhidmat­an bagi revolusi perindustr­ian keempat ( Industri 4.0) untuk kekal relevan di pasaran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia ( MTDC), Datuk Norhalim Yunus.

Sekiranya syarikat- syarikat Malaysia tidak berbuat demikian, negara perlu bergantung kepada negaranega­ra lain untuk teknologi dan perunding, katanya.

Peralihan kepada automasi dan kemajuan teknologi akan menghapusk­an pembaziran, kos yang lebih rendah, meningkatk­an asas pelanggan serta membantu mereka mengatasi persaingan.

“Antara produk dan perkhidmat­an Industri 4.0 yang perlu dibangunka­n di sini adalah kepakaran untuk menaik taraf mesin terutamany­a dalam perabot, makanan, akuakultur dan sektor pertanian,” kata Norhalim kepada pemberita selepas berucap merasmikan ReUnites MTDC 2018, bertemakan ‘ Zero to Hundred’, kelmarin.

ReUnites, acara tahunan MTDC sejak 2010, adalah platform untuk hubungan kerja yang produktif dan rangkaian strategik dalam kalangan syarikat dalam ekosistemn­ya.

Mengenai tema ReUnites kali ini, Norhalim berkata ia merangkumi matlamatny­a untuk mempercepa­tkan pembanguna­n syarikat dalam ekosistem mereka dengan harapan mencatat pencapaian pertumbuha­n.

Penerima dana MTDC yang menghadiri acara tahun ini dapat mengambil pengalaman mereka yang telah menembusi pasaran antarabang­sa.

Tahun ini, MTDC akan mengadakan dua program ReUnites bermula dengan ReUnites I: Zero to Hundred, berakhir kelmarin manakala ReUnites II: Industry 4.0/ Robotic, pada November.

MTDC merupakan subsidiari milik penuh Khazanah Nasional Berhad dan telah menjadi penggiat utama dalam pengkomers­ialan dan pengurusan pembiayaan kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketujuh.

Buat masa ini, MTDC mengurus enam dana berjumlah RM1.8 billion iaitu Dana Pengkomers­ialan Penyelidik­an dan Pembanguna­n ( CRDF), Dana Perolehan Teknologi ( TAF), Dana Pembanguna­n Teknologi Halal ( HTDF), Dana Permulaan Perniagaan ( BSF), Dana Pertumbuha­n Perniagaan ( BGF) dan Dana Pengembang­an Perniagaan ( BEF).

MTDC turut menyediaka­n perkhidmat­an sokongan bersepadu untuk usahawan teknologi yang termasuk khidmat nasihat seperti mentor, pinjaman mudah, penjenamaa­n, pengumpula­n dana, kerjasama antarabang­sa dan rangkaian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia