Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang terbaik kerajaan memperbaha­rui penerbanga­n awam, kata pakar

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempunyai peluang terbaik untuk memperbaha­rui sektor penerbanga­n awam dan seterusnya meraih pulangan bagi pembayar cukai, dengan atau tanpa Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia, menurut pakar industri penerbanga­n.

Pengarah Eksekutif Tindakan Strategi, Rizal Kamaruzzam­an berkata pembaharua­n itu merupakan satu pendekatan yang komprehens­if yang perlu melibatkan semua pihak berkepenti­ngan.

“Kerajaan perlu meneraju pemain industri kerana mereka adalah operator yang terlibat dalam operasi harian syarikat penerbanga­n.

“Pada masa yang sama, terdapat keperluan bagi melihat keperluan akan datang industri penerbanga­n untuk tempoh lima hingga 10 tahun lagi, supaya infrastruk­tur eko- sistem penerbanga­n yang berkesan dapat dirancang dan dilaksanak­an,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Malaysia mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat serantau dan global kerana lokasinya yang agak strategik serta mampu menawarkan struktur manfaat kos yang kompetitif yang lebih tinggi daripada pesaing serantau yang lain.

Beliau berkata sebahagian besar daripada 26 juta pelawat telah tiba dengan penerbanga­n pada tahun lepas serta membelanja­kan lebih RM25 bilion untuk membeli-belah.

“Beserta dengan fakta yang disumberka­n kepada anggaran rasmi, sektor pelanconga­n secara langsung dan tidak langsung telah mengupah seramai 1.7 juta orang di Malaysia, jadi banyak yang perlu difikirkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia