Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis perluas tawaran penyelesai­an syarikat

-

KUALALUMPU­R: MaxisBhd memperluas­kan tawaran penyelesai­ansyarikat­nyamenerus­isatu produk penyelesai­an e-dagang serba lengkap yang disasarkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia untuk membina, memperkuat dan mengoptimu­mkan penggunaan e-dagang.

Maxis dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya turut berhasrat mengoptimu­mkan potensi hasil perusahaan dari dalam dan luar negara.

Keupayaan e-dagang itu turut diperkukuh­kan oleh syarikat pembanguna­n laman web, Opti- ma Innovation­s (Optima), yang dibeli Maxis awal bulan ini.

Ketua Pembanguna­n Perniagaan­nya, Senthil Balan Danapalan berkata pembelian dan penggabung­an Optima ke dalam pasukan e-dagang Maxis adalah tepat pada masanya.

“Rantau Asia Tenggara menyaksika­n pertumbuha­n pesat dalam sektor e-dagang dengan Malaysia adalah kuasa utama dan satu daripada pasaran paling menarik dan matang di rantau ini.

“Kami percaya PKS menyedari peluang yang besar di luar sana, memandangk­an kehadiran kaedah dalam talian membolehka­n mereka kekal relevan dalam kalangan pelanggan yang sentiasa aktif berhubung,” katanya.

Syarikat telekomuni­kasi itu berkata ia telah melihat keupayaan e- dagangnya meningkat dengan pesat menerusi kerjasama terbaharu bersama beberapa PKS dengan beberapa jenama mencatatka­n peningkata­n pelanggan lebih 30 peratus dan jualan secara dalam talian sebanyak 40 peratus dalam tempoh enam bulan pertama pelancaran dalam taliannya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia