Utusan Borneo (Sarawak)

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SATUKAN BEKAS PELAJAR, GURU SMK ST JOSEPH

-

HAMPIR 80 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph Kuching disatukan semula pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching, barubaru ini.

Ia dianjurkan oleh bekas pelajar SMK St Joseph Kuching tahun 1994.

Kehadiran 12 guru dan bekas guru sekolah berkenaan diketuai mantan Pengetua SMB St Joseph yang cukup terkenal, Gerald Lee menjadikan majlis pada malam tersebut tambah bermakna kepada semua hadirin.

Bekas guru lain yang hadir sama termasuk Norsiati, Mary Wee, Lim Tze Yaw, Elisabeth Nyaoi, Liew Khim Lan, Josephine Lee, Nurmawati dan Mary Cha.

Mereka termasuk Pengetua SMK St Joseph sekarang, Henry Fui dan dua lagi guru, James dan Johnny.

Dalam ucapan ringkasnya, Gerald merakamkan rasa terharu kerana dijemput oleh bekas anak didiknya pada majlis penuh bermakna itu.

Beliau juga gembira dan teruja melihat kehadiran ramai bekas pelajar SMK St Joseph yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing.

“Itulah semangat St Joseph dan kamu semua mahu kongsikan bersama rakan-rakan semua.

“Sudah tentu saya dan rakan-rakan cikgu yang lain sangat gembira melihat anda semua telah berjaya dalam kerjaya masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, pengerusi penganjur Haidel Heli berkata pihaknya telah lama merancang untuk mengumpul bekas-bekas pelajar dan guru pada satu majlis selepas terpisah selama 24 tahun.

Katanya, selain dapat merakamkan terima kasih kepada bekas guru, majlis itu juga menjadi ruang kepada mereka untuk berkongsi kenangan indah semasa di bangku sekolah.

 ??  ??
 ??  ?? SATU ALBUM: Gerald (enam kanan) tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama bekas pelajar dan guru SMK St Joseph. Oleh Harry Ilias SELAMAT DATANG: Sekumpulan bekas pelajar menyambut ketibaan Gerald dengan penuh mesra.
SATU ALBUM: Gerald (enam kanan) tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama bekas pelajar dan guru SMK St Joseph. Oleh Harry Ilias SELAMAT DATANG: Sekumpulan bekas pelajar menyambut ketibaan Gerald dengan penuh mesra.
 ??  ?? TEMPAH KHAS: Gerald (empat kiri) dan Haidel (lima kiri) bersama bekas guru dan pelajar memotong kek. TIDAK SABAR: Bekas pelajar menyambut ketibaan Gerald dengan penuh teruja. (Gambar bawah)
TEMPAH KHAS: Gerald (empat kiri) dan Haidel (lima kiri) bersama bekas guru dan pelajar memotong kek. TIDAK SABAR: Bekas pelajar menyambut ketibaan Gerald dengan penuh teruja. (Gambar bawah)
 ??  ?? LEPAS KERINDUAN: Haidel (empat kanan) bersama sebahagian daripada bekas pelajar tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama.
LEPAS KERINDUAN: Haidel (empat kanan) bersama sebahagian daripada bekas pelajar tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama.
 ??  ?? PERIKSA KEHADIRAN: Sesi pendaftara­n sedang dijalankan.
PERIKSA KEHADIRAN: Sesi pendaftara­n sedang dijalankan.
 ??  ?? BUAT INSAN ISTIMEWA: Haidel menyampaik­an cenderamat­a kepada Gerald.
BUAT INSAN ISTIMEWA: Haidel menyampaik­an cenderamat­a kepada Gerald.
 ??  ?? AMANAT: Gerald menyampaik­an ucapannya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri.
AMANAT: Gerald menyampaik­an ucapannya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia