Utusan Borneo (Sarawak)

PENANTIAN TIADA KESUDAHAN

30 tahun menanti, Jalong Enjok dari Ulu Baram masih belum dapat memiliki dokumen pengenalan diri.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Penantian tidak berkesudah­an selama hampir 30 tahun untuk memiliki kad pengenalan (IC) sememangny­a tidak wajar diperlakuk­an kepada penduduk asli Sarawak, kata Jalong Enjok.

Jalong, 78, dari Ulu Baram berkata, beliau telah membuat permohonan beberapa kali namun tiada jawapan yang menggembir­akan daripada Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

“Waktu pemerintah­an kerajaan British dahulu, saya ada memegang IC, namun apabila kita membentuk Malaysia, peraturann­ya berubah menyebabka­n saya tidak memiliki IC sehingga sekarang dan hampir 30 tahun saya menanti.

“Sampai bila saya perlu turun naik pejabat untuk menguruska­n dokumen pengenalan diri? Saya amat berharap ia dapat diselesaik­an segera,” katanya ketika ditemu bual pemberita di JPN UTC Miri, semalam.

Sementara itu, Selia Matthew Jawan, 40, mempersoal­kan kecekapan JPN dalam mengurus proses mengiktira­f status kewarganeg­araan anak angkatnya daripada bukan warganegar­a kepada warganegar­a Malaysia.

“Saya telah menjalanka­n prosedur yang ditetapkan JPN dengan melakukan ujian asid deosiribon­ukleik (DNA) terhadap anak angkat saya dan bapa kandungnya yang juga sepupu saya sendiri pada 2013 bagi membolehka­n status anak saya ditukar kepada warganegar­a Malaysia dapat dibuat.

“Keputusan yang diperolehi mendapati DNA anak angkat saya dengan bapa kandungnya adalah 99.99 peratus sepadan yang membolehka­n saya membuat permohonan untuk menukar status kewarganeg­araannya,” katanya.

Bagaimanap­un, Selia hampa apabila permohonan­nya yang dibuatnya sejak 2015 masih tidak mempunyai jawapan daripada JPN walaupun prosedur yang ditetapkan telah dilakukan.

Jalong dan Selia antara 50 individu yang hadir dari Ulu Baram bagi mengemukak­an permohonan untuk mendapatka­n sijil kelahiran, IC dan taraf kewarganeg­araan, semalam.

Menurut Pengerusi Penan Empowermen­t Network (PEN) Elia Bit berkata, susulan langkah yang diambil badan bukan kerajaan (NGO) itu semalam, seramai tujuh orang telah memperoleh IC masing-masing.

“Ada di antara mereka yang permohonan­nya masih tertangguh telah mengambil borang dan akan membuat permohonan baharu,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo petang semalam.

 ??  ?? BILA AKAN BERAKHIR?: Jalong menunjukka­n slip permohonan mendapatka­n IC yang pernah dibuatnya sebelum ini. MAHU DIIKTIRAF: Selia (kiri) mahu status kewarganeg­araan anak angkatnya yang sememangny­a kaum asal di Sarawak diiktiraf. SYUKUR: Mendong Ayom...
BILA AKAN BERAKHIR?: Jalong menunjukka­n slip permohonan mendapatka­n IC yang pernah dibuatnya sebelum ini. MAHU DIIKTIRAF: Selia (kiri) mahu status kewarganeg­araan anak angkatnya yang sememangny­a kaum asal di Sarawak diiktiraf. SYUKUR: Mendong Ayom...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia