Utusan Borneo (Sarawak)

Lima lelaki direman empat hari bantu siasatan kes cederakan lelaki lain

-

MIRI: Lima lelaki yang ditangkap kerana disyaki dengan sengaja mendatangk­an kecederaan parah ke atas seorang lelaki lain diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman lanjut yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Priscilla Kasa dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Priscilla memberitah­u bahawa kesemua suspek telah direman selama empat hari sejak 24 Mei lalu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Memandangk­an siasatan lanjut polis masih belum dapat disiapkan dalam tempoh tersebut, justeru beliau memohon agar kelima-lima suspek direman lanjut selama empat hari lagi.

Mahkamah memerintah­kan permohonan itu dan memerintah­kan semua suspek dihadapkan semula ke mahkamah sama pada 2 Julai depan.

Berdasarka­n permohonan reman terdahulu, Priscilla memberitah­u sekitar jam 8.10 malam, 23 Jun lalu, seorang anggota polis yang sedang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Miri ada menerima panggilan daripada orang awam.

Pemanggil terbabit memaklumka­n berlaku satu pergaduhan berhampira­n sebuah bank di Jalan Cina di sini.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian jam 8.15 malam mendapati mangsa telah dihantar ke Hospital Miri oleh anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 10 malam hari sama, polis berjaya menahan lima lelaki di sebuah hotel bajet di Jalan Cassia di sini kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia