Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat lelaki dipercayai warga India jatuh sungai ditemui

-

KUCHING: Mayat seorang lelaki dipercayai warganegar­a India yang dilaporkan terjatuh berdekatan jeti baharu Hock Seng Lee, Muara Tabuan di sini berjaya ditemui di sungai Kampung Sejingkat di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat tersebut ditemui oleh nelayan iaitu sekitar jam 12.37 tengah hari dan kemudian terus melaporkan kepada anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pasukan SAR bergegas ke lokasi dan menjumpai mayat tersebut tersangkut pada bahagian akar pokok.

“Mayat tersebut kemudian dibawa ke jeti jabatan laut dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, mayat tersebut kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tujuan pengecaman.

Pada Rabu lalu, mangsa dikenali sebagai Prashant Payal berusia 18 tahun sedang mandi di atas kapal tongkang tempat kerjanya sekitar jam 6.30 petang sebelum dikatakan tiba-tiba tergelinci­r lalu terjatuh ke sungai dan terus hilang.

Operasi SAR dilancarka­n sebaik sahaja laporan berhubung kejadian diterima, namun mangsa gagal ditemui sehingga operasi diteruskan sehingga hari ketiga semalam.

Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Batu Lintang serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terlibat dalam operasi SAR tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia