Utusan Borneo (Sarawak)

APM Sri Aman, Miri berjaya musnahkan sarang tebuan

-

SRI AMAN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) berjaya memusnahka­n sarang tebuan di sebuah rumah penduduk di Jalan Sebor di sini, malam kelmarin.

Pegawai Pertahanan Awam Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata, pihaknya dimaklumka­n orang awam mengenai penemuan sarang tebuan itu sekitar jam 8.45 malam.

Bertindak atas maklumat, seramai tiga anggotanya dikerah ke lokasi kejadian bagi memusnahka­n sarang itu.

“Setiba anggota kami di lokasi, didapati serangga berbisa sebesar bola sepak itu bersarang di bawah rumah papan penduduk terbabit.

“Kami mengambil masa setengah jam untuk memusnahka­n sarang serangga itu menggunaka­n teknik semburan,” katanya.

Sementara itu di Miri, APM berjaya memusnahka­n sarang tebuan sebesar sebiji bola tampar di sebuah rumah, Pujut 2 malam kelmarin.

Sarang tebuan yang berada atas sebatang pokok itu berjaya dimusnahka­n dengan cara semburan ra- cun serangga dan dibakar.

Sebelum operasi dijalankan, sarang tebuan tersebut disedari oleh pemilik rumah apabila terkejut melihat serangga terbabit berterbang­an di atas pokok.

Bimbang atas faktor keselamata­n penghuni rumah terbabit, pemilik rumah bertindak menghubung­i Pusat Kawalan Operasi Daerah ( PKOD) Miri untuk meminta bantuan memusnahka­nnya.

Pegawai APM Miri Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid berkata pihaknya menerima panggilan kes itu kira-kira jam 1.33 petang.

“Setelah menerima panggilan, beberapa anggota APM skuad Charlie membuat pemantauan sarang terbabit pada sebelah petang.

“Tiga anggota diketuai Prebet (PA) Robert Joanes ditugas memusnahka­n sarang tebuan tersebut sekitar jam 8 malam,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mohd Hazle Shah berkata, sarang tebuan tersebut berjaya dimusnahka­n sepenuhnya dan operasi selesai kira-kira jam 9.10 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia