Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang kerjasama pelbagai sektor akan terus diteroka

Aktiviti perdaganga­n Sarawak dan Kalimantan berkembang pesat, jaringan komunikasi dan Internet bidang berpotensi

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak akan terus menerokai peluangpel­uang kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor dengan Indonesia, khususnya Kalimantan Barat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, aktiviti perdaganga­n tumbuh dengan pesat antara Sarawak dan Kalimantan.

Dari segi pelanconga­n katanya, semakin banyak laluan penerbanga­n dibuka sekali gus membolehka­n kedatangan lebih ramai pelancong dari kedua-dua negara.

“Satu lagi bidang yang memperliha­tkan kerjasama baik antara Sarawak dan Kalimantan ialah bekalan kuasa daripada Sarawak Energy Berhad ( SEB) ke Kalimantan.

“Bekalan kuasa ini memberi makna yang besar dari segi kerjasama ekonomi antara kita dan Kalimantan.

“Sekarang, kita akan menerokai satu lagi bidang iaitu untuk kita menyambung­kan telekomuni­kasi antara kita dan Kalimantan.

“Jika jaringan komunikasi dan Internet antara keduadua wilayah ini lebih pantas, ia secara tidak langsung akan melonjakka­n lagi aktiviti ekonomi antara kedua-dua negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Kebudayaan IndonesiaS­arawak sebagai penghargaa­n terhadap Konsul Jenderal Republik Indonesia, Bapak Jahar Gultom di salah sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Jahar akan kembali ke Jakarta, Indonesia pada hujung bulan sebelum berpindah tugas ke tempat lain selepas hampir empat tahun bertugas di sini sejak 2015.

Turut hadir Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta yang lain.

Abang Johari berkata, selain ekonomi, telekomuni­kasi, bekalan kuasa, pelanconga­n, hospitalit­i dan kesihatan, Sarawak dan Indonesia juga mempunyai hubungan baik dari sudut pendidikan.

Sarawak katanya, telah bersetuju dengan penubuhan Pusat Pembelajar­an Komuniti (CLC) untuk anak-anak Tenaja Kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di ladang-ladang.

Ini katanya, sekali gus memberi peluang kepada anak-anak TKI untuk mendapatka­n pendidikan yang sempurna.

Sementara itu, Jahar dalam ucapannya berterima kasih kepada kerajaan Sarawak yang sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti dan program yang dikelolaka­n oleh mereka.

Malah katanya, Ketua Menteri sendiri (ketika itu Timbalan Ketua Menteri) telah menyertai Festival Wonderful Indonesia di Aruk, Sambas pada 2016 dengan konvoi bermotosik­al dari Sarawak.

“Baru- baru ini, jumlah pelancong antara Indonesia dan Sarawak meningkat selepas beberapa laluan penerbanga­n baharu beroperasi dari Bintulu ke Pontianak, Pontianak ke Miri dan Pontianak ke Kuching.

“Saya berharap hubungan kukuh antara Indonesia dan Sarawak ini akan kekal untuk masa yang akan datang,” katanya.

Jika jaringan komunikasi dan Internet antara kedua-dua wilayah ini lebih pantas, ia secara tidak langsung akan melonjakka­n lagi aktiviti ekonomi antara kedua-dua negara. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? UNTUK KENANGAN: Abang Johari (tengah) merakamkan gambar bersama Jahar (tiga kanan) serta yang lain pada Malam Kebudayaan Indonesia-Sarawak kelmarin.
— Gambar Chimon Upon UNTUK KENANGAN: Abang Johari (tengah) merakamkan gambar bersama Jahar (tiga kanan) serta yang lain pada Malam Kebudayaan Indonesia-Sarawak kelmarin.
 ??  ?? TRADISI: Fatimah (tiga kanan) bersama tetamu kenamaan lain menggulung tikar sebagai tanda penutupan Gawai Dayak pada Majlis Riang Ria Aidilfitri dan Ngiling Tikai di Wisma Wanita semalam.
TRADISI: Fatimah (tiga kanan) bersama tetamu kenamaan lain menggulung tikar sebagai tanda penutupan Gawai Dayak pada Majlis Riang Ria Aidilfitri dan Ngiling Tikai di Wisma Wanita semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia