Utusan Borneo (Sarawak)

NGO mahu kerajaan persekutua­n baharu tangani masalah Penan dan kaum lain di Ulu Baram miliki IC

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Penan Empowermen­t Network ( PEN) menggesa kerajaan persekutua­n baharu menyelesai­kan segera masalah Penan dan kaum-kaum lain di Ulu Baram untuk memiliki kad pengenalan (IC).

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) tersebut Elia Bit berkata, masalah untuk memiliki IC bagi penduduk asli di Sarawak seperti tiada penghujung­nya.

“Mereka yang merupakan penduduk asli di Sarawak masih lagi mempunyai masalah tiada sijil kelahiran dan IC serta ada juga yang tidak diperakui kewarganeg­araan Malaysia.

“Kami mempersoal­kan peranan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) yang banyak kali memberikan seribu satu alasan kepada golongan ini dalam membuat permohonan IC,” katanya kepada pemberita di JPN UTC Miri di sini, semalam.

Mereka yang merupakan penduduk asli di Sarawak masih lagi mempunyai masalah tiada sijil kelahiran dan IC serta ada juga yang tidak diperakui kewarganeg­araan Malaysia.

Semalam, kira- kira 50 individu dari lapan kampung di Ulu Baram hadir ke JPN UTC Miri bagi membuat permohonan mendapatka­n sijil kelahiran, IC dan taraf kewarganeg­araan.

“Yang hadir pada hari ini (semalam) adalah lebih kurang 50 orang, namun saya pasti jumlah mereka yang menghadapi masalah sama sebenarnya lebih ramai lagi.

“Ada di antara mereka terpaksa menunggu 30 tahun bagi mendapatka­n IC, tiga kali turun naik pejabat untuk memohon, namun ada sahaja alasan diberi JPN umpamanya perlu menunggu pejabat di Kuching mengesahka­n dan perlu diurus di Kuching,” katanya.

Beliau menegaskan, perkara sebegini tidak wajar berlaku dan mempersoal­kan apakah peranan JPN Miri jika tidak dapat menyelesai­kan masalah permohonan IC penduduk Ulu Baram di sini.

Turut hadir menemani Elia semalam ialah Pengerusi Persatuan Kebajikan Urimai Selangor Manikavasa­gam Sundaram.

Elia Bit Pengerusi PEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia