Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Satu Divisyen galas tugas amat mencabar terutama menjaga keselamata­n sempadan sepanjang kira-kira 2,000km

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Warga Satu Divisyen Infantri Malaysia berharap kerajaan persekutua­n baharu yang diterajui Pakatan Harapan ( PH) tidak meminggirk­an keperluan keselamata­n di negeri ini.

Panglima Satu Divisyen Mejar Jeneral Toh Choon Siang berkata, tugas warga Satu Divisyen amat mencabar terutamany­a dalam menjaga keselamata­n di sempadan negara sepanjang kira-kira 2,000 kilometer.

“Harapan kita, dengan pemerintah­an baharu ini dapat melihat keperluan di Sarawak dalam memberi peruntukan lebih agar kita dapat mencapai tahap yang diingini dalam masa terdekat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perbarisan Pembacaan Perintah Ulung Panglima Satu Divisyen Ke26 di Kem Muara Tuang di sini semalam.

Malah, Toh turut yakin pemerintah­an baharu khasnya di bawah kepimpinan Menteri Pertahanan baharu Mohamad Sabu, akan memperkasa­kan keperluan warga tentera di negeri ini.

Beliau menegaskan, keperluan keselamata­n di negeri ini perlu diperhebat­kan agar tidak terlalu bergantung kepada aset ketenteraa­n dari Semenanjun­g dalam menjalanka­n operasi di sini.

Menyentuh mengenai briged baharu, 31 Briged, Toh berkata, pada masa ini briged tersebut sudah mencapai 70 peratus keanggotaa­n.

“Oleh itu, kita berharap 31 Briged yang baharu ditubuhkan ini dapat mencapai tahap operasi dalam masa terdekat ini,” tambahnya.

Terdahulu, dalam amanat perintah ulungnya, Toh ber- kata, lima teras utama yang didukung tiga pemangkin ditekankan sebagai panduan pemerintah­an beliau dalam meneruskan kesinambun­gan pemerintah­an sebelum ini.

“Saya percaya lima teras ini adalah satu strategi dan pen- dekatan dalam meneruskan kesinambun­gan pemerintah­an sebelum ini.

“Lima teras utama ini ialah ketumbukan yang mampan, kesatuan, profesiona­lisme, pengurusan berkesan dan kebajikan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, tiga pemangkin bagi lima teras utama itu pula, menggalas tanggungja­wab sepenuhnya, meningkatk­an disiplin dan penjagaan kesihatan dan kecergasan.

“Justeru, saya menyeru semua lapisan warga Satu Divisyen untuk bangkit bersama-sama saya bagi men- jadikan Satu Divisyen ini sebuah ketumbukan yang utuh serta relevan dan dianggotai anggota terbaik,” ujarnya.

Hadir sama Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Panglima Tiga Briged Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zain, Panglima 31 Briged Brigedier Jeneral Dato Fadzil Tajudin, Pemangku Panglima 9 Briged Leftenan Kolonel Abdul Razak Hashim dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? PERIKSA: Toh memeriksa perbarisan sempena Majlis Perbarisan Pembacaan Perintah Ulung Panglima Satu Divisyen di Kem Muara Tuang, semalam.
PERIKSA: Toh memeriksa perbarisan sempena Majlis Perbarisan Pembacaan Perintah Ulung Panglima Satu Divisyen di Kem Muara Tuang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia