Utusan Borneo (Sarawak)

PBKS mempersoal­kan pendirian PPBM terhadap parti komponen PH Sarawak

-

SIBU: Parti Bumi Kenyalang Sarawak (PBKS) mempersoal­kan sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menganggap parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Sarawak sebagai sekutu mereka.

Pengerusi PBKS Yu Chin Liik berkata demikian sebagai respons terhadap Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumka­n hasrat parti itu untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri berkata, PPBM tidak akan ke Sabah kerana parti pemerintah Parti Warisan Sabah adalah sekutu mereka.

Yu menerusi satu kenyataan kelmarin berkata, kemasukann­ya ke negeri ini menunjukka­n PPBM tidak mempunyai sekutu di Sarawak.

“Dia tidak pergi ke Sabah kerana Sabah mempunyai Warisan dan ini bermakna tiga parti komponen PH di Sarawak bukan sekutu mereka.

“Bukankah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah adalah sekutu kamu?” soal beliau.

Beliau berkata, sekiranya PPBM melebarkan sayapnya ke Sarawak, tindakan tersebut dilihat seolah-olah UMNO yang datang ke negeri ini.

Ujar beliau, adalah mustahil Dr Mahathir tidak mengetahui bahawa Sarawak tidak menyukai UMNO dan parti-parti politik di Sarawak telah berjuang untuk tidak membenarka­n UMNO masuk.

Oleh itu kata beliau, pengumuman Dr Mahathir itu mendatangk­an kebimbanga­n rakyat Sarawak.

Justeru beliau menggesa kerajaan Sarawak menjelaska­n sebab mengapa UMNO tidak dibenarkan melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Katanya, rakyat Sarawak juga harus terus berjuang untuk hak Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia