Utusan Borneo (Sarawak)

Projek bernilai RM3.35 juta dilengkapi 66 gerai jualan, lima ‘food truck’ dijangka siap Oktober

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Projek menaik taraf dan mengindahk­an Wireless Walk yang akan dilengkapi 66 gerai jualan serta lima ‘food truck’ dijangka siap pada Oktober tahun ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, projek terbabit yang menelan belanja lebih RM3.35 juta akan menjadi antara tarikan pelancong di kawasan utara.

“Projek yang terletak di tengah bandar raya Miri sepanjang Jalan North Yu Seng ini dilaksanak­an pada Februari dan mengikut jadual yang ditetapkan, ia dijangka siap pada Oktober kelak,” ujarnya pada sidang media selepas mempengeru­sikan taklimat mengenai projek terbabit di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Residen Miri Nyurak Keti, Pakar Perunding Projek Francis Uling, wakil-wakil Residen, Jabatan Kerja Raya (JKR), pemaju, kontraktor serta yang lain. Jelas Lee yang juga ADUN Senadin, projek di laluan koridor sepanjang 500 meter itu menggunaka­n konsep ‘kontena’ dan akan turut dilengkapi kemudahan tandas.

“Disebabkan kawasan terbabit merupakan antara kawasan paling sibuk, maka kerja-kerja pelaksanaa­nnya dilakukan secara berasingan iaitu struktur gerai yang berkonsepk­an kontena dibuat di kilang dan apabila siap nanti akan dibawa ke tapak projek untuk pemasangan. Kerja-kerja tersebut kini siap dalam 40 peratus.

“Manakala, kerja- kerja pembinaan di bawah tanah kawasan berkenaan pula adalah 50 peratus,” katanya sambil menambah, projek terbabit dilaksanak­an oleh Pejabat Residen Miri dan diselia oleh JKR Miri.

Sehubungan itu, Lee menggesa pihak pemaju dan kontraktor untuk melaksanak­an amalan keselamata­n pekerja dan kesihatan ( HSE) di tapak projek tersebut.

Ujarnya, ia penting bagi mengelak sebarang kemalangan yang tidak diingini melibatkan pekerja serta orang awam.

Sementara itu, antara projek lain yang sedang dilaksanak­an ialah menaik taraf Bakam Point yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar raya Miri.

Projek bernilai lebih RM3.5 juta itu yang dilengkapi gerai jualan, gerai ikan, jeti, serta pelbagai kemudahan lain seperti padang futsal, padang bola sepak dan taman rekreasi dilaksanak­an pada Februari lalu dan mengambil tempoh 18 bulan untuk siap sepenuhnya.

“Sehingga kini, kita difahamkan bahawa projek berkenaan telah siap satu peratus daripada jadual yang ditetapkan.

“Diharapkan projek berkenaan, malah keduadua projek ini (Wireless Walk dan Bakam Point) dapat disiapkan mengikut masanya, atau siap lebih awal dari jadual,” tambahnya.

 ??  ?? PERKEMBANG­AN TERKINI: Lee (tiga kanan) serta yang lain melawat tapak projek menaik taraf dan mengindahk­an Wireless Walk di Miri, semalam.
PERKEMBANG­AN TERKINI: Lee (tiga kanan) serta yang lain melawat tapak projek menaik taraf dan mengindahk­an Wireless Walk di Miri, semalam.
 ??  ?? KONSEP KONTENA: Struktur gerai berkonsepk­an kontena yang akan dipasang di Wireless Walk.
KONSEP KONTENA: Struktur gerai berkonsepk­an kontena yang akan dipasang di Wireless Walk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia