Utusan Borneo (Sarawak)

MA63: AWAS sokong penuh perjuangan pemimpin Sarawak

-

SIBU: Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) berdiri teguh di belakang pemimpin-pemimpin Sarawak dalam memperjuan­g hak-hak negeri ini di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menerusi kenyataan media semalam, tiga ketua unit AWAS menyatakan sokongan penuh mereka dalam usaha menuntut hak-hak Sarawak oleh pemimpin-pemimpin kerajaan Sarawak mahupun pembangkan­g.

Ketua Unit AWAS Sekuau, Simon Wong @ Mohamad Ali Abdullah berkata, rakyat Sarawak tidak mengira bangsa dan agama seharusnya berani bersuara dan bersatu hati memperjuan­g hak-hak negeri yang termaktub dalam MA63 khasnya berkaitan minyak dan gas.

“Suara rakyat Sarawak dan pemimpin negeri, tidak kira dari pemimpin kerajaan mahupun pembangkan­g hendaklah dihormati oleh pihak-pihak berkenaan yang sekian lama menyuaraka­n tuntutan tersebut.

“Rakyat Sarawak bukan memintamin­ta atau mengemis simpati, tetapi cuma menuntut apa yang menjadi hak rakyat di negeri ini yang telah diambil dan semakin terhakis.

“Kami juga sentiasa menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dari setiap sudut, demi keharmonia­n dan kesejahter­aan Sarawak,” katanya.

Ketua Unit AWAS Meradong Ibrahim Abu Seman berkata, tuntutan ke atas minyak dan gas perlu diutamakan oleh kerajaan negeri.

Beliau menegaskan, hak Sarawak hendaklah dikembalik­an dengan hormat dan tertib seperti mana kesefahama­n MA63 dahulu.

“Sudah tiba masa kerajaan persekutua­n memberi balik semua tuntutan tanpa dipaksa atau terpaksa.

“Rakyat di negeri ini tidak mahu bercakap mengenai politik tanpa kesudahan. Apa yang rakyat mahu kesejahter­aan dan kekayaan negeri dinikmati bersama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit AWAS Kampung Tule, Saribas Radin Mohamad Sapwani tidak mahu isu tuntutan hak-hak Sarawak sengaja dilengahka­n oleh kerajaan persekutua­n.

Beliau mengingatk­an Sarawak dan Sabah adalah sebahagian dalam pembentuka­n Malaysia dan tidak seperti negerinege­ri lain di Semenanjun­g Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia