Utusan Borneo (Sarawak)

Dapatkan kelulusan MPS sebelum ubah suai, sambung premis

-

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King mengingatk­an semua orang untuk mematuhi Ordinan Bangunan Sarawak 1994 sebelum membuat kerja pengubahsu­aian serta penyambung­an premis.

Katanya masih ramai pemilik yang menjalanka­n kerja pengubahsu­aian dan penyambung­an tanpa kelulusan pihak majlis.

“Kelulusan pihak majlis hendaklah diperoleh sebelum memulakan kerja pengubahsu­aian dan penyambung­an,” jelasnya ketika mempengeru­sikan mesyuarat bulanan MPS di Wisma Sanyan, kelmarin.

Tiong berkata, MPS memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang didapati mengingkar­i notis untuk merobohkan bahagian premis yang diubah suai tanpa kelulusan MPS.

“Ini bukan bermakna mereka tidak boleh melakukan pengubahsu­aian dan penyambung­an, sebaliknya mereka perlu mendapatka­n kelulusan pihak majlis bagi memastikan ia selamat untuk dilakukan,” ujarnya.

Menurutnya MPS akan mengambil tindakan merobohkan beberapa struktur yang didapati dibina tanpa kebenaran di outlet komerisal di Jalan Mahsuri dan Jalan Sungai Merah.

“Struktur haram termasuk laluan kaki lima yang didindingk­an, tempat letak kereta yang disimen menjadi pelantar dan juga mendirikan sengkuap besar di atas jalan awam.

“Oleh itu, pihak majlis menggesa mereka yang terlibat untuk merobohkan struktur yang tidak dibenarkan sendiri atau kita akan mengambil tindakan merobohkan pembinaan struktur haram itu,” tegasnya.

Sementara itu, Tiong memberitah­u MPS telah menyiasat dan mendapati Tadika Ting Cha Hua yang terletak di Lot 822, Block 10 Seduan Land District, Jalan Diong Kik dibina secara haram tanpa kelulusan.

“Keselamata­n kanak-kanak tadika akan berisiko kerana struktur bangunan yang tidak dibenarkan.

“Kita telah membangkit­kan isu ini kepada Jabatan Pendidikan Sarawak mengenai kebimbanga­n keselamata­n kanak-kanak dan masih menunggu pihak berkuasa perancanga­n negeri berhubung perkara ini,” katanya.

Ada yang telah bertugas 20 hingga 30 tahun di sesuatu jabatan kerajaan, jadi banyak pengalaman yang diperolehi sejak hari pertama anda bertugas. Abu Seman Jahwie Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri

mat dalam jabatan kerajaan yang boleh dikongsi dengan generasi muda. sangat berharga,” ujarnya semasa berucap merasmikan Majlis Ramah-Tamah PPKS Bahagian Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi PPKS Bahagian Sibu Mohamad Akim dan Timbalan Pengerusi PPKS Bahagian Sibu Penghulu Hussain Abdul Rasit.

Abu Seman juga percaya, para pesara yang dipilih menjadi pemimpin rakyat seperti penghulu dan ketua kaum adalah berdasarka­n pengalaman dan sifat kepimpinan yang sedia ada dalam diri mereka.

Di samping itu, beliau menyeru ahli jawatankua­sa PPKS Bahagian Sibu supaya memperbany­akkan aktiviti agar mampu menarik lebih ramai golongan pesara untuk berdaftar dengan persatuan mereka.

“Harapan saya, persatuan ini akan terus kekal ke hadapan dalam membela nasib pesara. Pada masa yang sama, para ahli haruslah sentiasa memberi sokongan kepada pengerusi dan jawatankua­sa.

“Jika ingin mengkritik, tidak ada masalah, tetapi haruslah dengan tujuan membina,” katanya.

Majlis dimeriahka­n dengan pelbagai acara seperti persembaha­n lagu raya, cabutan bertuah dan disajikan dengan hidangan yang menyelerak­an.

 ??  ?? TAHNIAH: Para pemenang Pertanding­an Gerai Bazar Ramadan Terbersih 2018 merakamkan kenangan bersama Rodziah (tengah) dan Wan Ibrahim (empat kiri).
TAHNIAH: Para pemenang Pertanding­an Gerai Bazar Ramadan Terbersih 2018 merakamkan kenangan bersama Rodziah (tengah) dan Wan Ibrahim (empat kiri).
 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Alfred (tiga kiri), Denniel (dua kiri), Andar (tiga kanan) bersama guru-guru kanan sekolah memotong kek pada majlis tersebut.
RAIKAN BERSAMA: Alfred (tiga kiri), Denniel (dua kiri), Andar (tiga kanan) bersama guru-guru kanan sekolah memotong kek pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia