Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 60 peratus daripada 52 gerai sudah ada penyewa, platform untuk peniaga kecil-kecilan menambahka­n pendapatan

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Tarikan terbaharu di bandar ini, Pasar Malam Taman Harmoni atau Uptown Taman Harmoni dijadual mula beroperasi pada Julai ini.

Setakat ini, daripada 52 gerai yang disediakan, lebih 60 peratus telah mempunyai penyewa yang akan menawarkan pelbagai produk menarik.

Terletak berhadapan dengan Taman Selera Harmoni di Jalan Awang Ramli Amit, Uptown Taman Harmoni ini hanya lima minit perjalanan dari pusat bandar Sibu.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Rogayah Jamain berkata, sambutan daripada peniaga kecil-kecilan yang berminat menjalanka­n perniagaan di situ amat menggalakk­an.

Lebih 60 peratus daripada 52 gerai yang disediakan telah mempunyai penyewa. Permohonan selebihnya akan menjalani temu duga kedua selepas ini.

“Setakat ini, kita telah menerima banyak permohonan daripada peniaga untuk berniaga di Uptown Taman Harmoni ini.

“Lebih 60 peratus daripada 52 gerai yang disediakan telah mempunyai penyewa. Permohonan selebihnya akan menjalani temu duga kedua selepas ini.

“Pasar malam ini akan bermula pada Julai ini,” ujarnya sambil memberitah­u, peniaga boleh menjual pakaian, kek atau biskut, produk IT, kraf tangan, cenderamat­a dan sebagainya.

Menyentuh mengenai objektif mewujudkan ‘uptown’ itu, Rogayah berkata ia bagi memeriahka­n lagi suasana di Taman Selera Harmoni.

“Diharap juga, dengan ‘ uptown’ ini akan dapat membantu peniaga sambilan menambah pendapatan mereka,” jelasnya.

Sebagai permulaan, waktu operasi Uptown Taman Harmoni ini ialah pada hari Jumaat dan Sabtu, dari jam 5 petang hingga 10 malam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Islam Taman Selera Harmoni Abdul Taib Rosli menyambut baik Uptown Taman Harmoni itu.

Katanya, ia akan membantu menarik lebih ramai pengunjung ke Taman Selera Harmoni.

“Dengan reka bentuk yang menarik dan pelbagai produk yang ditawarkan, sudah pasti ia akan dapat menarik orang ramai untuk berkunjung.

“Secara tidak langsung, ia juga akan menarik orang ramai untuk menjamu selera di gerai makan yang ada di sini,” ujarnya.

Rogayah Jamain Timbalan Pengerusi MPS

 ??  ?? SEDIA BEROPERASI: Uptown Taman Harmoni di Jalan Awang Ramli Amit yang dijadual memulakan operasi pada Julai ini.
SEDIA BEROPERASI: Uptown Taman Harmoni di Jalan Awang Ramli Amit yang dijadual memulakan operasi pada Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia