Utusan Borneo (Sarawak)

PPBM beri peluang rakyat pilih parti sesuai pemikiran politik

-

KUCHING: Hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melebarkan sayap ke Sarawak memberi peluang kepada rakyat memilih parti lebih sesuai dengan pemikiran politik masingmasi­ng.

Penganalis­is politik Dr Saudi Narani berkata, maka itu beliau melihat kemasukan parti berkenaan ke negeri ini bukan satu masalah.

“Selagi rakyat Sarawak dapat menerimany­a, biarlah mereka (rakyat) menentukan kerana kuasa itu di tangan rakyat dan seperti parti-parti lain dalam Pakatan Harapan (PH), PPBM juga ingin mengukuhka­n kedudukann­ya.

“Jika ada masalah pun nanti ia berkisar dalam perebutan kerusi di antara komponen PH dan perkara itu pasti akan dapat diselesaik­an di peringkat pengurusan PH Pusat,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Mengenai impak kemasukan PPBM terhadap kawasan Bumiputera khususnya kawasan Melayu, beliau berkata ia memang tidak dapat dinafikan berlaku perpecahan di kalangan Bumiputera dan Melayu.

“Ia adalah kenyataan yang harus diterima dan trend politik kita sekarang adalah menjurus kepada parti politik yang pelbagai etnik di mana sesebuah parti jika ingin berjaya harus menerima keahlian pelbagai kaum.

“Sesebuah parti tidak dapat bersandar kepada satu kaum sahaja kerana satu kaum secara bersendiri­an tidak akan dapat membentuk kerajaan,” tegasnya.

Saudi berkata, beliau melihat di Malaysia parti seperti UMNO, MIC dan MCA akan terus terpinggir terutama dalam kalangan pengundi muda.

Sementara di Sarawak ujarnya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru ( PBDSB) juga akan menerima nasib yang sama dan semakin ditolak pengundi muda daripada semua etnik.

“Maka saya melihat PKR yang pelbagai etnik dan menerima keahlilan tanpa memilih kaum akan terus mendapat sambutan di Sarawak dan begitulah trend yang seterusnya.

“Parti lain yang pelbagai etnik di Sarawak seperti Parti Rakyat Bersatu (UPP) dengan konsep serupa juga mempunyai masa depan cerah dan semakin diterima,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti berkenaan merancang ke Sarawak kerana terdapat permintaan dan parti lain dalam gabungan PH sudah bertapak di negeri ini.

Bagaimanap­un katanya, parti itu tidak akan ke Sabah memandangk­an kerajaan negeri semasa ditadbir oleh Parti Warisan Sabah (WARISAN) adalah parti sahabat yang menyokong PH.

“Keadaan di Sarawak ketika ini adalah semua parti membentuk gabungan mereka sendiri selepas meninggalk­an Barisan Nasional (BN).

“Parti lain dalam PH seperti PKR, DAP mahupun Parti Amanah Negara (AMANAH) sudah ada di sana, jadi kami mahu pergi ke sana berdasarka­n permintaan,” katanya.

 ??  ?? SAUDI
SAUDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia