Utusan Borneo (Sarawak)

Swinburne Sarawak anjur ceramah kepentinga­n bahasa Inggeris 4 Julai

-

KUCHING: Ceramah bertajuk ‘Inggeris sebagai bahasa penyatuan kebangsaan dan antarabang­sa’ akan dianjurkan oleh Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) pada 4 Julai ini.

Ceramah tersebut akan berlangsun­g di Auditorium Blok G di kampus universiti tersebut bermula dari jam 3 petang hingga 5 petang.

Ceramah ini adalah in- spirasi daripada langkah Sarawak untuk menjadikan Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua pada 2015, menjadikan Sarawak negeri pertama berbuat demikian.

Pihak universiti mengundang­ProfesorTo­nyT.N.Hung sebagai penceramah yang merupakan Profesor Kehormat Universiti Baptist Hong Kong (HBKU).

Profesor Hung merupakan profesor dan ketua Pusat Ba- hasa di HKBU dari 1997 hingga 2011 dan pensyarah kanan di Jabatan Inggeris Universiti Kebangsaan Singapura dari 1981 hingga 1997.

Sehingga kini, penerbitan­nya merangkumi lapan buku, 50 artikel dan lebih 40 pembentang­an persidanga­n dalam bidang berkaitan Inggeris.

Ceramah ini adalah terbuka kepada masyarakat umum dan percuma. Untuk mendaftar e-mel kepada Dr Melinda Kong di mkong@swinburne. edu.my atau Sia Lin Huong di lhsia@swinburne.edu.my sebelum 3 Julai 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, kunjungi laman web universiti (www.swinburne. edu.my), laman Facebook (@ swinburnes­arawak), Instagram (@swinburnes­arawak), Twitter page (@Swinburne_ Swk) atau saluran YouTube (Swinburne Sarawak).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia