Utusan Borneo (Sarawak)

Perpindaha­n tempat bertugas pengurus Tabung Haji Sibu dirai

-

SIBU: Pengurus Tabung Haji Cawangan Sibu Imran Setta akan berpindah tugas ke Limbang pada Julai ini.

Beliau yang berasal dari Tawau, Sabah telah berkhidmat di Sibu sejak 2016 dan akan menyandang jawatan pengurus Tabung Haji Cawangan Limbang pada Julai ini.

Perpindaha­nnya itu telah diraikan Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie, Pengurus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Sibu Saini Taiban dan bekas Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Ranting Kampung Bharu Wan Markawi Wan Shagap pada majlis makan tengah hari di sebuah restoran di sini, kelmarin.

Imran ketika ditemui menyifatka­n Sibu bukan sahaja terkenal dengan makanannya tetapi pendudukny­a juga sangat peramah sehingga membuatkan­nya seperti berada di kampung halaman.

“Saya sangat seronok sepanjang dua tahun bertugas di sini.

“Saya amat menyukai Sibu kerana tempatnya yang harmoni,” katanya.

Beliau berkata, bandar Sibu juga adalah sebuah bandar yang bersih dan sering diselengga­ra dengan baik Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS), menjadikan­nya selamat dan sihat untuk didiami.

Ditanya apa yang akan sering dirinduiny­a selepas berada di Limbang kelak, Imran berkata: “Sudah semestinya mi kampua kicap Sibu dan buah dabai. Saya pasti me- rindui kedua-dua makanan tersebut kelak.”

Sementara itu, Imran turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada kakitangan­nya serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam memberikan kerjasama kepadanya sepanjang bertugas di Tabung Haji Cawangan Sibu.

 ??  ?? TAHNIAH: Farisya Alya, pemenang tempat pertama Pertanding­an Mewarna 2018 anjuran KRT Hua Tai/ Fortuna Sarikei menerima hadiah daripada Mohd (tiga kiri).
TAHNIAH: Farisya Alya, pemenang tempat pertama Pertanding­an Mewarna 2018 anjuran KRT Hua Tai/ Fortuna Sarikei menerima hadiah daripada Mohd (tiga kiri).
 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Imran (kanan) diraikan oleh Abu Seman (dua kanan), Saini (tiga kanan), Wan Markawi (kiri) serta yang lain pada majlis perpisahan­nya di Sibu, kelmarin.
SELAMAT MAJU JAYA: Imran (kanan) diraikan oleh Abu Seman (dua kanan), Saini (tiga kanan), Wan Markawi (kiri) serta yang lain pada majlis perpisahan­nya di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia