Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis makan malam DAM ditunda ke 20 Julai

-

MIRI: Majlis Makan Malam Ngiling Tikai, Graduasi, Penghargaa­n dan Pelantikan Rasmi Jawatankua­sa Baharu 2018- 2019 Persatuan Dayak Miri (DAM) yang sebelum ini dijadualka­n pada 7 Julai, dipinda ke tarikh baharu iaitu pada 20 Julai iaitu Jumaat, namun masih diadakan di lokasi yang sama.

Jurucakap jawatankua­sa penganjur Kitty Janggot berkata, perubahan tarikh tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada majlis makan malam sempena sambutan Hari Bandar Raya Miri anjuran Majlis Bandaraya Miri ( MBM) yang diadakan pada tarikh yang sama.

“Tarikh baharu 20 Julai dipilih dan akan diadakan di Hotel Mega di sini bermula jam 6.30 petang.

“Sehubungan itu juga kita ingin memaklumka­n kepada orang ramai yang sudah membeli tiket bahawa tarikhnya sudah ditunda,” katanya.

Bagi mereka yang masih berminat mahu membeli tiket boleh berbuat demikian dengan menghubung­i Kitty di pejabat DAM menerusi talian 085-435467 pada waktu pejabat, Rabi Impen (010-4093913) atau Jacquline Salaka ( 0168786205).

Tiket-tiket sudah mulai djual kepada orang ramai pada harga RM500 semeja (untuk 10 orang) atau RM50 bagi satu tiket.

Hadiah insentif dan sijil untuk anak-anak ahli yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam seperti UPSR, SPM dan STPM yang diduduki pada tahun lalu juga akan disampaika­n kepada mereka yang hadir pada majlis tersebut kelak.

Selain ahli, pengiktira­fan berupa hadiah galakan turut diberikan kepada anakanak ahli yang memperoleh ijazah sarjana muda mahupun sarjana.

Sementara itu, kriteria untuk penerima hadiah galakan DAM ini ialah anak-anak ahli yang memperoleh­i keputusan 5A dan ke atas dalam UPSR, keputusan 5A dan ke atas untuk SPM serta pointer 3.00 dan ke atas untuk STPM.

Bagi hadiah galakan ijazah sarjana muda dan sarjana untuk ahli-ahli dan anak ahli pula, ia hendaklah ijazah pertama mereka.

Di samping itu, ahli dan anak-anak ahli yang cemerlang dalam bidang sukan terutama yang ber- jaya mengharumk­an nama negeri, turut digalakkan menghantar pencapaian bagi tujuan pengiktira­fan dan sijil berkenaan.

Selain itu, sebagai menghargai usaha, komitmen dan penat lelah ibu bapa dalam mendidik dan menjadikan anak-anak mereka berjaya, DAM turut memberikan anugerah ‘Ibu Bapa Contoh’ kepada pasangan yang berjaya.

Mereka yang inginkan maklumat lanjut berhubung anugerah dan hadiah galakan pendidikan boleh menghubung­i Albert Bangau Pengarah di talian 019-8372636.

Dalam pada itu DAM katanya, akan memberi sijil penghargaa­n kepada guru pembimbing dan peserta bagi setiap kelas berkenaan, kerana komitmen dan keazaman mereka mengekalka­n tradisi seperti menganyam, ngajat dan betaboh.

Selain itu, turut diadakan pada majlis tersebut kelak ialah acara pelantikan rasmi dan angkat sumpah ahli-ahli jawatankua­sa baharu yang menerajui DAM bagi penggal 2018 hingga 2019.

Menurut Kitty, pada mesyuarat agung dua tahun sekali yang diadakan barubaru ini, Serawa Budol dilantik semula sebagai presiden DAM untuk penggal baharu ini, di samping muka lama dan baharu dalam jawatankua­sa berkenaan.

Turut dipilih dan dilantik menerajui jawatankua­sa eksekutif DAM bagi tempoh 2018-2019 ini ialah Wilfred Mac selaku timbalan presiden, Kaunselor Mathew Benson Mounsey ( naib presiden), Nigel Isut (setiausaha agung) dan Rowina Sutai Magoi (bendahari).

Ahli- ahli jawatankua­sa eksekutif yang lain ialah Henry Edward Tarang, Robert Adam, Abin Galieh, Ngadan Melintang, Alice Jeleni Kebeng, Lucas Jangum Ngabong, Albert Bangau Pengarah, Jacqueline Kemping, Janggang Pata dan Benedict Saran Ingkon.

Manakala Jacqueline Selaka L. F Mawar dipilih semula selaku Ketua Wanita DAM dan Rabi Impen dipilih semula sebagai pengerusi Bahagian Pemuda.

Majlis tersebut dijangka dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan akan turut diserikan dengan persembaha­n kebudayaan kaum Iban oleh ahli yang telah tamat kelas ngajat dan bertaboh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia