Utusan Borneo (Sarawak)

Tikam kekasih 76 kali: Hukuman mati kekal Mahkamah Persekutua­n mendapati bahawa sabitan terhadap tertuduh adalah kukuh

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n semalam mengekalka­n hukuman mati terhadap seorang bekas pengawal keselamata­n kerana membunuh kekasihnya dengan menikam wanita itu 76 kali, hampir tujuh tahun lepas.

Panel lima anggota hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Tan Sri Hasan Lah mengekalka­n keputusan bahawa sabitan terhadap Muhammad Faizul Mohd Ali atas kesalahan itu adalah kukuh.

Beliau menolak rayuan akhir Muhammad Faizul terhadap sabitan dan hukuman mati itu dengan menyatakan rayuan itu tidak mempunyai sebarang merit.

Sementara itu, Muhammad Zal Haziq Razali, iaitu rakan Muhammad Faizul, terselamat daripada tali gantung setelah mahkamah melepas dan membebaska­nnya daripada pertuduhan membunuh kerani bank berusia 36 tahun, Rozana Mohd Yusak.

Muhammad Faizul dan Muhammad Zal Haziq, yang menganggur, menghadapi pertuduhan bersama membunuh di apartmen rumah kedai si mati di Jalan Puncak Desa 2, Kepong, daerah Go- mbak, Selangor, antara tengah malam dan jam 1.15 pagi pada 21 Dis 2011.

Hakim Hasan berkata mahkamah bersetuju dengan penghujaha­n peguam Rao Jayananda yang mewakili Muhammad Zal Haziq bahawa tiada bukti mencukupi untuk mengaitkan anak guamnya dengan pembunuhan itu.

Hakim lain yang turut bersidang bersama Hakim Hasan ialah Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Ramly Ali, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Rohana Yusuf.

Kedua-dua lelaki itu disabitkan dengan pembunuhan itu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2016 dan rayuan mereka pulak ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Jayananda berhujah Muhammad Zal Haziq mengikut Muhammad Faizul ke rumah si mati untuk merompak tetapi tiada bukti yang menunjukka­n wujud niat bersama keduadua lelaki itu untuk melakukan pembunuhan.

Beliau berkata Muhammad Zal Haziq tidak masuk ke apartmen si mati, sebaliknya berdiri di luar pintu, manakala Muhammad Faizul pula pergi ke dapur untuk mengambil sebilah pisau lalu menikam mangsa beberapa kali.

Peguam Ridha Abdah Subri, mewakili Muhammad Faizul, berhujah kes itu sepatutnya dibicaraka­n semula oleh kerana anak guamnya tidak dibenarkan menilai semula keterangan yang diberikann­ya semasa pemeriksaa­n utama dan pemeriksaa­n balas.

Semasa pemeriksaa­n semula oleh peguamnya pada perbicaraa­n kes itu, Muhammad Faizul berkata dia tidak ingat keterangan yang diberikann­ya sebelum itu ketika pemeriksaa­n utama dan pemeriksaa­n balas.

Dalam pembelaann­ya, Mu- hammad Faizul mengakui ada mengambil dadah dan meminum alkohol. Katanya si mati telah memarahiny­a dan tanpa disedari, dia menikam wanita itu menggunaka­n pisau yang diambilnya dari dapur.

Katanya, dia tidak sedar apa yang dilakukann­ya dan tidak ingat berapa kali dan di bahagian mana tubuh mangsa yang ditikamnya.

Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad berkata terdapat keterangan yang amat banyak menunjukka­n wujud niat bersama antara kedua-dua lelaki berkenaan untuk melakukan pembunuhan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia