Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki bebas tuduhan bunuh

-

SHAH ALAM: Tiga lelaki terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaska­n mereka daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki, tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap M. Paramaguru, 41; K. Alagasuvee­ran, 42 dan R. Sathies, 33.

Dalam penghakima­nnya, Ghazali antara lain berkata kebergantu­ngan pihak pendakwaan kepada bukti mengikut keadaan adalah tidak selamat dan tidak cukup kuat untuk membuktika­n satu kes prima facie terhadap ketiga- tiga lelaki berkenaan.

“Di akhir kes pendakwaan, mahkamah dapati pihak pendakwaan hanya bawa satu keterangan yang ‘ mere suspicion’ ( syak wasangka) bahawa ketiga- tiga tertuduh terlibat dalam jenayah. ‘ Suspicion’ tidak cukup kuat untuk buktikan kes seperti kehendak undang- undang.

“Berdasarka­n alasan itu, mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie dan dengan itu ketigatiga tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Paramaguru, Alagasuvee­ran dan Sathies didakwa bersama- sama dengan seorang lagi yang masih bebas membunuh R. Manogaran, 34, dalam belukar di Batu 34, Jalan Dengkil / Banting dekat sini, antara 12.44 tengah hari dan 8 malam pada 22 Ogos 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraa­n yang bermula Disember tahun lepas.

Ketiga- tiga mereka yang terlibat dalam perniagaan diwakili peguam Datuk Hariharan Tara Singh sementara pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahadhir Mohd Khairudin dan T. Deepa Nair. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia