Utusan Borneo (Sarawak)

Isu projek hibrid solar Sarawak: Pengarah syarikat direman 5 hari

-

PUTRAJAYA: Seorang pengarah sebuah syarikat yang berpangkal­an di Bintulu direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluark­an perintah tahanan reman terhadap pengarah syarikat itu mulai semalam hingga 3 Julai bagi membolehka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) menjalanka­n siasatan.

Suspek yang berumur 39 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 7.45 malam kelmarin selepas hadir untuk memberi keterangan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.

Pengarah syarikat yang berbaju lokap SPRM itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.20 pagi dengan bergari.

Suspek merupakan individu ketiga yang ditahan SPRM. Tiga hari lepas, seorang pengarah urusan dan peguam syarikat itu direman enam hari bagi membantu siasatan.

Pada awal Jun, sebuah portal melaporkan kemungkina­n wujud penyelewen­gan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganuger­ahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahka­n Kementeria­n Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Pada 11 Jun, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata Kementeria­n Pendidikan telah memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam isu penyele- wengan pemberian kontrak membekal tenaga solar dan diesel di 369 sekolah di Sarawak.

Terdapat 369 sekolah di negeri itu yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunaka­n genset diesel untuk menjana elektrik.

Sebelum 2017, bekalan diesel kepada sekolah adalah daripada beberapa kontraktor yang dibekalkan secara kontrak.

Bermula 1 Jan 2017, sebuah syarikat, yang asalnya satu daripada kontraktor terlibat, telah diberikan kontrak membekalka­n elektrik kepada semua 369 sekolah itu bagi tempoh tiga tahun sehingga 31 Dis 2019 dengan nilai ‘melebihi RM1 bilion’ termasuk Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Selain membekalka­n diesel di sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak, syarikat itu juga memasang sistem hibrid solar dan penyelengg­araan generator di 369 sekolah pedalaman selama tiga tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIASATAN PENYELEWEN­GAN: Seorang pengarah syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya atas perintah tahanan reman lima hari di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama SIASATAN PENYELEWEN­GAN: Seorang pengarah syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya atas perintah tahanan reman lima hari di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia