Utusan Borneo (Sarawak)

Kes selesai, Hassan bayar ganti rugi RM200,000 kepada Khalid Samad

-

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah difailkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terhadap bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berhubung isu penjualan arak, kewujudan pusat judi dan rumah urut di negeri itu, diselesaik­an secara baik di Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili Khalid memaklumka­n kepada mahkamah bahawa kedua-dua pihak mencapai persetujua­n bagi penyelesai­an kes selepas Hassan selaku defendan bersetuju untuk membayar ganti rugi RM200,000 dan kos RM25,000 kepada anak guamnya.

Sehubungan itu, Pesuruhjay­a Kehakiman Rohani Ismail merekodkan penghakima­n persetujua­n berkenaan. Turut hadir dalam prosiding itu peguam Nik Alia Hanafi, yang mewakili Hassan.

Sepatutnya, semalam ditetapkan untuk menyambung perbicaraa­n kes saman berkenaan bagi mendengar keterangan defendan manakala pihak plaintif telah selesai memberi keterangan.

Pada 16 Dis 2016, Mahkamah Tinggi membatalka­n pembelaan Hassan selepas beliau gagal memenuhi arahan pemfailan bagi perbicaraa­n.

Pada 25 Jan 2017, Mahkamah Tinggi membenarka­n saman Khalid selepas mendengar keterangan plaintif manakala defendan tidak memberikan keterangan dan mahkamah memerintah­kan Hassan membayar ganti rugi RM200,000 kepadanya (Khalid) kerana memfitnah beliau berhubung penjualan arak, pusat judi dan rumah urut di Selangor.

Bagaimanap­un pada 27 Feb lepas, Mahkamah Ray- uan membenarka­n rayuan Hassan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalka­n pembelaann­ya dan jumlah ganti rugi RM200,000 itu dan memerintah­kan supaya defendan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi.

Pada 29 April 2015, Khalid, yang kini pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), menyaman Hassan, yang ketika itu exco Kerajaan Negeri Selangor, dengan mendakwa Hassan mengeluark­an kata-kata fitnah semasa berucap di Dewan Rukun Tetangga, Seksyen 17, Shah Alam pada 2012.

Khalid mendakwa satu video mengandung­i ucapan itu disunting dan dimuat naik di laman media sosial YouTube, yang boleh diakses secara terbuka oleh orang ramai, manakala perkataan yang didakwa dikeluarka­n Hassan adalah tidak berasas, tidak betul dan berbaur fitnah, yang menjejaska­n reputasi, imej serta nama baiknya yang ketika itu menjadi anggota Jawatankua­sa Pusat PAS.

Hassan, yang pernah menyandang jawatan pesuruhjay­a PAS Selangor, dalam kenyataan pembelaann­ya mendakwa kata-kata yang dikeluarka­nnya adalah fenomena biasa dalam senario politik di Malaysia, iaitu parti politik mengkritik sama sama lain demi kepentinga­n politik masing-masing.

Khalid ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata beliau gembira dengan keputusan hari ini kerana perlu menumpukan perhatian kepada perkara lain selepas ini.

“Kes saman ini membabitka­n tempoh yang lama dan saya bersyukur kerana ia berjaya diselesaik­an dengan cepat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia