Utusan Borneo (Sarawak)

Farid Kamil tangguh pembedahan, 27 Ogos sebutan semula kes

-

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, yang menghadapi enam pertuduhan jenayah baru-baru ini menangguhk­an pembedahan lutut yang dijadualka­n Mei lepas atas faktor jadual kerja yang padat dan tidak mahu mengganggu prosiding kes mahkamah.

Perkara itu dimaklumka­n sendiri oleh pelakon filem J. Revolusi itu sebaik sahaja ditemui di luar mahkamah sejurus prosiding sebutan semula kes bagi pertuduhan yang dihadapiny­a di Mahkamah Majistret di sini selesai.

“Saya perlu mendapatka­n rehat yang panjang selama enam bulan sekiranya meneruskan prosedur pembedahan lutut dan keadaan itu tidak sesuai kerana ia akan menjejaska­n karier seni saya, selain mengganggu tarikh perbicaraa­n mahkamah,” katanya.

Sementara itu, dalam prosiding di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya, peguam Faizul Mohd Nasir yang mewakili pelakon itu memaklumka­n bahawa pihaknya masih menunggu keputusan representa­si yang dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurk­an kesemua enam pertuduhan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi kesemua pertuduhan tersebut.

Turut hadir pada prosiding pagi semalam ialah pelakon jelita yang juga isterinya iaitu Datin Diana Dianelle dengan berbaju kurung.

Pada 16 Jan lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu bagi pertuduhan pertama dan kedua didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada Ashraf Ahmad, 35, seorang eksekutif akaun syarikat swasta serta Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, seorang anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Bagi pertuduhan ketiga, Farid Kamil didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap Muhammad Nizam iaitu penjawat awam yang sedang menjalanka­n tugas sebagai pegawai polis dengan niat menghalang beliau menjalanka­n tugasnya yang sah di sisi undang-undang.

Untuk pertuduhan keempat pula, dia didakwa berkelakua­n tidak senonoh di balai polis dengan mengeluark­an perkataan kurang sopan ke- pada Muhammad Nizam.

Sembilan hari kemudian, pada 25 Jan, Farid Kamil turut mengaku tidak bersalah menggunaka­n dadah jenis tetra hydrocanna­binol atau THC dan pada 9 Mac pula, bapa kepada dua anak itu didakwa mereka keterangan palsu dalam laporan polis berhubung dianiaya tiga rakan artis yang meletakkan dadah ke dalam minumannya.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTUDUHAN: Soon dibawa keluar dari kamar Mahkamah Majistret di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama PERTUDUHAN: Soon dibawa keluar dari kamar Mahkamah Majistret di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia